Korang ada tak kawan selain bangsa Melayu and korang perasan tak bila diorang cakap bahasa melayu tu cute sangat bunyinya?
Sebagai rakyat Malaysia yang menetap di negara berbilang kaum, bercakap dalam Bahasa Melayu sepatutnya dah menjadi satu kebiasaan untuk kita berhubung antara satu sama lain. Hal ini kerana, Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan negara kita.
Sama seperti dalam video yang dikongsikan di laman sosial Tiktok ini, seorang gadis berbangsa India yang fasih berbual dengan rakan sekerjanya menggunakan Bahasa Melayu telah menarik perhatian kebanyakan rakyat Malaysia yang menontonnya.
“Comel lah Indian cakap Malay, cute!”- Netizen
@amyzulld Tgk smpi abis. KwnAku sent Aku vid ni, Aku terhibur 😆 #fypシ #fypシ #foryou #foryoupage #tiktokmalaysia #tiktokmalaysiaviral #viralvideo #viral #fyp
Bukan saja dia gunakan Bahasa Melayu je, tetapi keletah dan suara gadis bernama Sangari ini juga kedengaran sebiji macam Raju watak dalam Upin Ipin sehingga telah menjadi bualan ramai netizen!
“Weh ni kalau Raju dalam Upin Ipin tu bersara amik dia lah take over”- Netizen
Yang buat lagi terhibur tu, dia hantar video tau bukannya voice message! Jadi segala mimik muka semua kita boleh nampak! Jangan kata suara, muka dia pun lebih kurang nak dekat sama dah dengan Raju anak Uncle Muthu tu. Comel sangat!
Yang bagusnya video ni, kita boleh tengok betapa bagusnya semangat perpaduan, hubungan yang baik antara berbilang kaum di Malaysia.
Manatau lepasni Sangari boleh dapat job jadi alih suara untuk Upin Ipin…