in

“Bibir Melayu, lidah barat” – Prof Ramalingam Luah Kerisauan Ramai Sudah Mula Abai Bahasa Melayu?

Syaz Ft 2026 06 29T122423.465

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isu hakisan jati diri dan sikap meminggirkan bahasa kebangsaan dalam kalangan generasi muda hari ini sering kali mengundang perdebatan. Terbaru, perkongsian daripada seorang pakar akademik, Profesor Dr. Ramalingam menerusi podcast Hitam Putih Kehidupan di saluran Suhan Channel telah membuka mata ramai pihak apabila beliau memberikan teguran yang cukup mendalam dan ‘makan dalam’ mengenai isu ini.

Menurut Prof Ramalingam, kita tidak boleh sewenang-wenangnya menyalahkan perkembangan teknologi sebagai punca utama anak-anak muda kini semakin melupakan identiti asal mereka. Sebaliknya, beliau menyatakan teknologi akan sentiasa berkembang, jadi ibu bapa perlu memainkan peranan utama sebagai role model yang baik di rumah.

Artikel berkaitan: “Disebabkan dia saya banyak kena berpantun” – Anak Imbau Sikap Tegas Karam Singh, Pentingkan Penguasaan Bahasa


Artikel berkaitan: Kemunculan Saluran Berita Israel Dalam Bahasa Melayu Cetus Tanda Tanya Ramai

Menggunakan peribahasa Melayu, beliau mengibaratkan orang tua sebagai “kayu besar di tengah padang”, iaitu sosok yang patut dicontohi oleh anak-anak.

 

View on Threads

 

Teguran Isu Panggilan ‘Mami Daddy’

Beliau turut menegur trend segelintir keluarga Melayu hari ini yang menukar panggilan asas kekeluargaan sehingga menjejaskan akar umbi identiti mereka sendiri. Lebih membimbangkan, beliau meluahkan kerisauan apabila institusi pendidikan kini dilihat kurang mengutamakan bahasa kebangsaan sehinggakan segelintir guru lebih selesa menggunakan bahasa Inggeris di sekolah.

“Ibu jadi mami, bapa jadi daddy… Akhirnya apa yang kita nak lahirkan? Generasi yang berkulit British ke apa? Lompat dari bumi ke langit, akhirnya keturunan takkan berubah,” jelasnya.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan teguran ini bukanlah bermaksud masyarakat perlu menolak terus bahasa Inggeris memandangkan ia bahasa global yang penting. Cuma, masyarakat perlu tahu membedakan antara tuntutan global dan tanggungjawab memartabatkan bahasa ibunda sendiri.

“Kulit sawo matang kekal kulit sawo matang. Tak payahlah bibirnya Melayu, lidahnya Barat,” tegurnya.

Walaupun latar belakang beliau merupakan seorang pensyarah undang-undang dan pakar akademik tersohor dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), beliau sebenarnya sangat dikenali sebagai seorang yang cukup vokal dan lantang dalam memperjuangkan martabat bahasa Melayu.

Sumber: Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.