in

“Kalau kak ros tau mesti suka” – Netizen Teruja Kemunculan Watak Baru Dalam Upin Ipin, Abang Kepada Mail Bernama Izham

Izham Abang Mail

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Meskipun ia siri animasi yang digemari kanak-kanak, Upin dan Ipin nampaknya menarik perhatian golongan dewasa juga apabila kecoh baru-baru ini akan kemunculan satu watak baru dalam siri tersebut.


Menerusi perkongsian Tik Tok Upin Ipin Official, sepotong klip telah menunjukkan watak Ismail bin Mail atau nama timangannya Mail yang merupakan kawan kepada Upin Ipin rupanya mempunyai seorang abang yang kacak bernama Izham. 

@upinipin.official

Abang Mail? Eh Mail ada abang? #UpinIpin

♬ original sound – Upin & Ipin Official – Upin & Ipin Official

Bagi korang yang mengikuti siri ini, mesti korang tahu kan yang si Mail ni seorang yang rajin berniaga serta membantu ibunya menjual ayam goreng di pasar malam.

Nampaknya bukan Mail je yang rajin berniaga, abang si Mail ni, Izham juga seorang yang berminat dalam dunia perniagaan. Dalam klip berdurasi 41 saat tersebut, Izham dilihat menjual keropok rumpai laut.

Menurut Upin & Ipin Fandom, watak Mail ni sebenarnya memang dinyatakan pun ada seorang abang tapi kali ini watak itu membuat kemunculan pertamanya.

Maklumat Mail

 

“Kalau kak ros tahu mesti suka” 

Klip tersebut telah mendapat respon positif netizen yang mana antaranya tak tahu pun rupanya watak Mail mempunyai seorang abang.

Tambah netizen lagi, Kak Ros iaitu kakak kepada Upin Ipin kini sudah mempunyai crush baru. Sebelum ini, Kak Ros dikaitkan dengan watak Badrol, iaitu cucu kepada Tok Dalang yang pernah muncul dalam filem Upin Ipin pertama, Geng: Pengembaraan Bermula.

Ipin

Tak sangka umur mak bapak budak pun layan Upin Ipin ye! Hiks! 

Baca: “Kaji kesan joget ini kepada kanak-kanak” – Video Goyang Upin Ipin Undang Kontroversi?

Joget

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.