in

“Macam kena gigit semut” – Dr Amalina Kongsi Simptom Yang Dia Alami Lepas Terima Vaksin Pfizer

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setelah lebih setahun dunia dilanda pandemik Covid-19, akhirnya vaksin telah pun sampai ke negara kita beberapa hari lalu dan baru sebentar tadi, Perdana Menteri dan Dr. Hisham terima suntikan pertama vaksin Pfizer.


Macam yang korang tahu, setiap negara mempunyai pilihan jenama vaksin tersendiri, dan di Malaysia, kita akan menerima vaksin Pfizer-BioNTech. Sama seperti Dr. Amalina yang duduk di United Kingdom.

Menerusi TikTok peribadinya, Dr. Amalina telah kongsikan pengalamannya ketika dia pertama kali terima suntikan dos pertama vaksin Pfizer ini.

Dalam videonya, Dr. Amalina mengatakan yang dia telah menerima suntikan tersebut pada 30 Disember tahun lepas dan suntikan tu pun tak sakit, macam kena gigit semut je…

Tambahnya lagi, tiga hari selepas menerima vaksin, lengannya rasa sedikit bengkak tapi ia merupakan kesan sampingan normal bila terima apa-apa jenis suntikan vaksin.

Lengan saya bengkak sikit, selain dari itu saya rasa sihat dan boleh lakukan aktiviti harian macam biasa.”

Sekarang, selepas enam minggu dia terima suntikan tersebut, dia dah tak ada alami apa-apa simptom lain dan sedang menunggu untuk terima suntikan vaksin dos ke-2.

@dramalinabakri

My COVID-19 vaccine experience #medicaltiktok #vaccine #doctor #covid19

♬ Chasing Cars – Snow Patrol

Min tak sabar nak ambil vaksin ni! Korang jangan lupa register dekat MySejahtera tau.

 

Baca: [TERKINI] Perdana Menteri Muhyiddin Yassin Individu Pertama Terima Vaksin di Malaysia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.