in

[TERKINI] Perdana Menteri Muhyiddin Yassin Individu Pertama Terima Vaksin di Malaysia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari ini merupakan hari bersejarah buat Malaysia, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menjadi individu pertama di negara ini yang menerima vaksin Pfizer-BioNTech dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan bermula secara rasmi sebentar tadi.


Menurut Sinar Harian, perlaksanaan program yang dipecahkan kepada tiga fasa ini telah diawalkan dua hari berbanding jadual asal pada 26 Februari 2021. Program ini juga bakal menyaksikan lebih 500,000 anggota barisan hadapan menerima vaksin pada fasa pertama yang akan berlangsung hingga April depan.

Selain PM, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah juga telah menerima vaksin tersebut dan empat lagi warga kerja Kementerian Kesihatan akan disuntik vaksin berkenaan hari ini.

Kesemua mereka menerima vaksin tersebut di Klinik Kesihatan Presint 11, Putrajaya yang juga merupakan antara lebih 500 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang dikenalpasti seluruh negara.

Dah ready nak cucuk vaksin? Jangan lupa update di aplikasi MySejahtera ye! 

Baca: “Dah boleh daftar!” –  Aplikasi MySejahtera Kini Sudah Dikemaskini, Ada Fungsi Vaksin COVID 19

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.