in

Berita Baik! Ibu Hamil & Menyusukan Anak Boleh Kemaskini Status di MySejahtera

Ft Mysejahtera

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti dimaklumkan Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin minggu lalu, ibu yang sedang hamil atau menyusukan anak boleh kemaskini status di aplikasi MySejahtera bermula minggu ini.


Melalui Twitter, beliau memaklumkan kemaskini itu sudah boleh dilakukan bermula hari ini dan janji temu bagi golongan ibu mengandung atau menyusukan anak ini akan dibuat berdasarkan vaksin yang sesuai di Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Anda boleh memasukkan bulan dan tahun melahirkan anak serta status penyusuan.”

Kj

 

Berikut adalah langkah mudah untuk kemaskini MySejahtera anda:

1. Buka aplikasi MySejahtera dan klik Covid-19 Vaccination

Update1

 

2. Pilih bahagian Vaccine dan klik Update pregnancy/breastfeeding status

Update2

 

3. Jawab 3 soalan dan selesai kemaskini

Update3

 

Sebelum ini, beliau menyatakan bahawa ibu yang sedang hamil dan menyusukan anak hanya disaran untuk mengambil vaksin Covid-19 keluaran Pfizer. Kedua-dua golongan ini tidak digalakkan untuk terima vaksin Sinovac dan AstraZeneca kerana kesan sampingan dan data keberkesanan.

Baca: Malaysia Bakal Terima Baki 37 Juta Dos Vaksin Menjelang September – KJ

Vaksin Covid

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.