in

Pelajar Tingkatan 5 & 6 Akan Terima Suntikan Vaksin Pfizer Bermula Julai Ini – KJ

Vaksin Sekolah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berita baik untuk pelajar tingkatan 5 dan 6 yang bakal mengambil peperiksaan bagi tahun ini!


Menurut The Star, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID 19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin memaklumkan bahawa pelajar yang bakal mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bakal menerima dos pertama vaksin bermula Julai ini.

1188968

Khairy berkata, pelajar tingkatan 5 dan 6 ini akan menerima vaksin jenis Pfizer-BioNTech yang mana suntikan tersebut akan dilaksanakan di sekolah.

Kita kena bagi vaksin kepada mereka pada awal persekolahan. Bila menteri pendidikan buat keputusan untuk benarkan pelajar ke sekolah, kita akan beri suntikan kepada mereka bermula pertengahan Julai atau awal Ogos bergantung kepada kes harian.

“Mereka pergi sekolah dan akan disuntik di sana,” katanya.

Badan Bertindak Imunisasi COVID 19 (CITF) juga memutuskan semalam untuk memberi keutamaan kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan utama.

553 1

Perkara itu juga dimaklumkan Menteri Kanan (Pendidikan) Radzi Jidin yang berkata, ia susulan daripada menerima kelulusan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) bagi penggunaan vaksin Pfizer-BioNTech terhadap individu berusia 12 tahun ke atas.

Menurut Khairy lagi, data peperiksaan tahunan yang diterima daripada Menteri Pendidikan juga menunjukkan terdapat 357,000 pelajar dan 47,000 guru di Tingkatan 5 dengan kerajaan yang berusaha untuk memvaksin golongan itu terlebih dahulu supaya boleh kembali ke sekolah semula.

Semoga adik-adik kita yang menduduki peperiksaan ini dapat kembali belajar seperti biasa di sekolah semula. 

Baca: “Hanya vaksin Pfizer-BioNTech sesuai untuk ibu mengandung” – KJ

Pfizer

Sumber: The Star

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.