in

Vaksin Covid-19: Kesatuan Eropah Lulus Penggunaan Pfizer-BioNTech Terhadap Remaja Seawal 12 Tahun

1Vaksin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penggunaan vaksin Covid-19 kepada kanak-kanak dan remaja di bawah umur 18 tahun masih dalam kajian. Pelbagai usaha dan uji kaji sedang dijalankan bagi menentukan keberkesanannya kepada golongan umur berkenaan.



Terkini, Kesatuan Eropah (EU) telah meluluskan penggunaan Vaksin Pfrizer-BioNTech kepada remaja seawal usia 12 tahun. Menurut laporan Astro Awani, keputusan itu dibuat Agensi Ubat-ubatan Eropah (EMA) yang menyokong penggunaan vaksin dalam kalangan remaja berusia 12 hingga 15 tahun.

Screenshot 2021 05 29 At 10.49.32 Am

 

Pengesahan agensi itu dilakukan beberapa minggu selepas ujian klinikal terhadap kumpulan umur tersebut dijalankan.

EMA menyatakan golongan remaja perlu diberikan 2 dos suntikan vaksin dengan jarak antara dos pertama dan kedua sekurang-kurangnya 3 minggu, sama seperti orang dewasa.
Walau bagaimanapun, pilihan untuk suntikan vaksin kepada golongan remaja bergantung kepada setiap anggota EU untuk memutuskannya.
Pfizer-BioNTech mendedahkan data pada bulan Mac menunjukkan vaksin yang dibangunkan mereka memberi perlindungan sehingga 100% dalam ujian klinikal kepada 2,260 remaja berusia 12 hingga 15 tahun.
Screenshot 2021 05 29 At 10.50.09 Am
Vaksin Covid-19: Kesatuan Eropah Lulus Penggunaan Pfizer-BioNTech Terhadap Remaja 
Pembuat vaksin lain termasuk AstraZeneca, Moderna dan Johnson & Johnson juga sedang berusaha untuk memberikan vaksin kepada kanak-kanak dan remaja bagi menjalankan ujian secara klinikal.
Screenshot 2021 05 29 At 10.53.03 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.