in

Lelaki Warga Emas Maut Dikelar Anak Kerana Tidak Beri Wang di Jempol

Better Featirer

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Manusia semakin hilang perikemanusiaan! Sampai hati seorang anak sanggup membunuh bapanya sendiri hanya kerana isu remeh temeh.


Baru-baru ini seorang lelaki warga emas ditemui berlumuran darah di ruang tamu rumah dipercayai telah dikelar anak lelakinya sendiri kerana tidak berpuas hati dengan mangsa yang tidak memberinya wang.

Cover1
sumber: facebook

Kejadian yang berlaku di FELDA Lui Timur, Jempol ini bermula dengan pertengkaran di antara mangsa, S Valaytham, 73, dengan anak lelakinya yang berumur 45 tahun lebih kurang pukul 10.30 malam, lapor Harian Metro.

Suspek yang berang dengan tindakan mangsa enggan memberinya wang telah mengambil parang lalu mengelar leher mangsa. Berikutan bunyi bising daripada pertengkaran tersebut, jiran bergegas ke rumah mangsa dan terkejut melihat tubuh mangsa yang berlumuran darahNgeri! 

19598602 309474672840289 6045381733763150713 N
sumber: facebook
Cover 2
sumber: facebook

Jiran mangsa kemudian bergegas menghubungi pihak polis. Pihak polis yang tiba di tempat kejadian menghubungi ambulans dan sejurus selepas itu mangsa telah disahkan meninggal dunia. Aduhai…

19642456 309474762840280 1535142422979598634 N
sumber: facebook
19601518 309474719506951 106006569246292954 N
sumber: facebook
19601508 309474742840282 8775421815402221913 N
sumber: facebook

Dalam pada itu, pihak polis telah menemui parang yang digunakan suspek untuk membunuh mangsa di atas lantai rumah berkenaan. Mayat mangsa pula dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar untu dibedah siasat.

Suspek kini diburu pihak polis dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Kejam sungguh kes jenayah yang berlaku sejak akhir-akhir ini. Tergamak seorang anak membunuh bapanya sendiri. Semoga suspek ditangkap secepatnya!

Baca: Bapa Kelar Leher Anak Kerana Terlalu Ralit Main Facebook

Bapa Kelar Baca

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.