in

Bapa Kelar Leher Anak Kerana Terlalu Ralit Main Facebook

Slit Throat Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kerana terlalu bazirkan banyak masa di laman sosial Facebook dan Line, seorang gadis berusia 13 tahun telah dikelar lehernya dengan teruk oleh ayahnya sendiri.


Thai2
sumber: stomp

Joi (bukan nama sebenar) yang berusia 41 tahun, telah mencederakan anak perempuannya selepas mereka bertelingkah dan menguncikan budak perempuan tersebut di sebuah rumah sewa dekat daerah Muang, Thailand.

Dia kemudiannya ditahan pihak polis Thai setelah cuba melarikan diri bersama anak perempuan bongsunya di daerah Thap Sakae.

Slit 2 1
sumber: stomp

Menurut isteri Joi, suaminya tidak suka akan sikap anak perempuan mereka yang banyak menghabiskan masa di media sosial kerana bimbang anak tersebut akan ketinggalan di sekolah.

Walau bagaimanapun, dia tidak bersetuju dengan dakwaan yang mengatakan tindakan suaminya itu berpunca daripada penderaan seksual yang telah dilakukan terhadap anaknya sendiri. Malah dia mengakui, Joi adalah seorang yang pemarah dan dia pernah memukul anak gadisnya oleh kerana terlalu ralit bermain media sosial.

Glit1
sumber: stomp
Glit2
sumber: stomp

Joi juga pernah mengugut untuk membunuh kesemua ahli keluarga mereka atas sebab cemburu dan paranoid akan isterinya yang disangka akan kembali kepada kekasih lama. Psikonya!  

Sungguhpun begitu, remaja tersebut kini berada di hospital dan sedang beransur pulih dari kecederaan yang dialaminya.

Manakala bapanya pula kini dikehendaki polis atas perintah mahkamah berhubung kes pembunuhan di Trang, daerah Muang yang berlaku pada 14 Ogos 2007 yang lalu.

Jangan leka sangat main telefon tu. Cuba tolong mak di dapur sikit… Kan dapat pahala! 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.