in

Lelaki Warga Asing Cekik Budak Perempuan di Kolam Renang Sebelum Bogelkan Diri

Cats 13

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Lelaki Warga Asing Cekik Budak Perempuan di Kolam Renang Sebelum Bogelkan Diri
Loading
/

Semakin lama, semakin bahaya untuk semua perempuan berada di mana-mana, termasuklah di kawasan perumahan sendiri.


Beberapa rakaman video dimuat naik dan menjadi tular serta merta di Facebook menunjukkan seorang lelaki warga Afrika cuba mencekik kanak-kanak perempuan di sebuah pangsapuri Kampung Baru Puchong.

Capture Crop
sumber: facebook

Bukan itu sahaja, dalam kejadian jam 5 petang Sabtu lalu, lelaki berkenaan berkenaan dikatakan turut cuba melemaskan mangsa ke dalam kolam renang sambil mencekiknya. Dah kenapa dia ni?

Menurut Harian Metro, lelaki berusia dalam linkungan 30an itu menghampiri budak berkenaan sebelum tiba-tiba bertindak mencekiknya. Mangsa yang terkejut serta merta menjerit dan berjaya menarik perhatian pengawal keselamatan di pangsapuri tersebut.

Panik dengan situasi itu, warga asing berkenaan segera melarikan diri dalam keadaan bogel dan meracau seolah-olah dirasuk ketika cuba ditangkap oleh pengawal keselamatan. Gila kot dia ni.

Selepas beberapa percubaan, warga asing itu akhirnya berjaya ditangkap oleh pihak polis ekoran laporan yang dibuat oleh salah seorang penghuni pangsapuri tersebut.

Bogel Crop 1
sumber: facebook

Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari, warga asing itu sudah pun ditangkap dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut.

Namun, hingga kini mereka masih belum menerima sebarang laporan daripada pihak pengurusan pangsapuri atau dari pihak mangsa berhubung kejadian tersebut.

Kepada mereka di luar sana sentiasalah berhati-hati dan awasi anak anda. Perangai orang di luar sana kita tidak boleh duga kan…

Baca: Warga Asing Sering Intai Anak Gadis dan Wanita di Kampung

Capture 22

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.