in

Warga Asing Sering Intai Anak Gadis dan Wanita di Kampung

Page 16

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nota: Gambar di atas adalah sebagai tujuan iliustrasi.


Setiap gadis dan wanita di Kampung Sungai Karangan, Kulim tidak senang duduk dan dalam ketakutan selepas beberapa kes penduduk diintai lelaki warga asing dilaporkan berlaku di kampung itu.

Dalam kes berasingan, beberapa wanita dan gadis mendakwa ternampak lelaki dipercayai warga Myanmar itu mengintai mereka di bilik tidur dan bilik mandi.

Z 8
gambar hiasan

Menurut penduduk kampung, sebelum kehadiran warga asing itu kehidupan mereka di kampung tenang dan aman namun kini ianya bertukar menjadi tidak tenteram dan hidup dalam kegelisahan setiap hari.

Beberapa kes yang berlaku sebelum ini bagaimanapun tidak dilaporkan kepada pihak polis dan hanya menjadi bualan orang kampung. Patut dari awal dah laporkan!

Namun, selepas kejadian terbaru yang berlaku pagi kelmarin, seluruh penduduk kampung membuat keputusan untuk tidak lagi berdiam diri dan membiarkannya berlarutan.

Skodeng
gambar hiasan

Menurut seorang penduduk kampung, Noryana Ali, 38, kejadian itu menimpa tiga anak gadis jirannya yang berusia 15, 17 dan 18 tahun ketika mereka sedang tidur.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, lelaki tersebut didakwa menghulur tangan melalui tingkap dan membaling batu ke dalam bilik tidur gadis itu.

Anak jiran saya berusia 15 tahun yang terjaga dari tidur terkejut melihat tangan di tingkap seperti mencari sesuatu.” katanya.

A 9

Selepas ternampak tangan itu, mangsa dikatakan terus mengejut kakaknya sebelum mereka berlari keluar. Ibu mereka difahamkan tidak berada di rumah kerana bekerja dan abang mereka berusia 20 tahun pula tidur di ruang tamu.

Gadis yang berusia 18 tahun itu pula tidur di bilik berasingan dan turut diganggu pada hari dan waktu yang sama. Menurutnya, dia terjaga dari tidur selepas terkena batu yang dibaling lelaki berkenaan dari tingkap bilik tidurnya.

Apabila melihat anak jiran saya itu sedar dari tidur dan tahu akan kehadirannya di situ, lelaki itu mengarahkannya supaya diam sebelum melarikan diri,” katanya lagi.

Kejadian itu menyebabkan kesemua anak gadis tersebut menjadi trauma dan dalam ketakutan . Mereka kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Karangan.

Polis kini sedang menyiasat dan memburu lelaki warga asing berkenaan. Habislah kau!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.