Lelaki Ugut Mahu Potong Kepala Sepupu Akibat Cemburu Ingin Berkahwin Dengan Teman Lelaki

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Kata orang, jangan main-main dengan api cinta. Nanti tak pasal-pasal pula ada yang terbakar kerananya. Cinta zaman sekarang boleh buat orang lakukan apa sahaja. Sampai ada yang sanggup membunuh!

Namun nasib baiklah kejadian yang berlaku baru-baru ini tidak sampai ke tahap itu. Menurut Harian Metro, seorang lelaki yang juga penganggur telah bertindak gila dengan membuat kacau di hadapan rumah sepupunya kerana cemburu wanita itu bakal berkahwin tidak lama lagi.

Dalam kejadian yang berlaku di Taman Jujur, Sikamat, Seremban kelmarin, seorang lelaki berusia 37 tahun telah menendang perut sepupunya, 31, ketika wanita tersebut bersama teman lelaki pulang ke rumah pada jam 1 pagi.

Sumber: Harian Metro

Suspek dikatakan telah datang dengan mengejut sambil memegang kapak, sebelum tiba-tiba meluru ke arah mangsa dan menendang perutnya sehingga terjatuh.

Pun begitu, mujurlah mangsa dan teman lelakinya berjaya diselamatkan apabila salah seorang saudara wanita itu datang meleraikan pergaduhan. Kedua-dua mereka kemudian dibawa masuk ke dalam kediaman wanita tersebut.

Namun pergaduhan berkenaan tidak berakhir di situ. Suspek yang tidak berpuas hati telah datang semula ke rumah mangsa pada jam 2 pagi dan mengarahkan mereka keluar.

Dia yang memegang kapak yang sama telah menghamburkan kata-kata kesat dan mengugut untuk memotong kepala mangsa. Suspek kemudian bertindak ganas dengan memecahkan cermin tingkap di rumah wanita tersebut.

Gambar hiasan

Keadaan bertukar menjadi kecoh apabila serpihan kaca terkena tubuh anak perempuan mangsa. Aduhai! 

Akibat dari kejadian itu, mangsa menghubungi pihak polis yang kemudian memberkas suspek dan merampas kapak yang dimilikinya.

Menurut siasatan polis, suspek dan mangsa adalah sepupu dan pernah menjalinkan hubungan percintaan. Walau bagaimanapun, hubungan mereka terputus di tengah jalan disebabkan suspek tidak bekerja, suka bergaduh dan sering mabuk.

Gambar hiasan

Kemuncak masalah ini bermula apabila wanita tersebut akhirnya memutuskan untuk berkahwin dengan teman lelaki. Ish, ish, ish…

Disebabkan cemburu akan keputusan mangsa ingin mendirikan rumah tangga, suspek memilih untuk mengamuk dan membuat kacau.

Suspek kini telah direman di bawah Seksyen 506 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah dan khianat.

Kalau sudah putus cinta tu move on sahajalah. Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor kan? Tak perlu sampai nak mengamuk. 

Baca: Anak Saksi Perbuatan Bapa Tetak Kaki Emak Hingga Putus Depan Mata Akibat Rasa Cemburu

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!