Anak Saksi Perbuatan Bapa Tetak Kaki Emak Hingga Putus Depan Mata Akibat Rasa Cemburu

Tambah ke Sumber Pilihan
Anak Saksi Perbuatan Bapa Tetak Kaki Emak Hingga Putus Depan Mata Akibat Rasa Cemburu

Apa nak jadi dengan dunia sekarang ini? Pasangan suami dan isteri yang bertengkar bagaikan sudah hilang pedoman dan akal apabila sanggup melakukan perkara terkutuk di hadapan anak yang masih kecil.

Menurut Coconuts, seorang lelaki dari Desa Canggu, Bandung telah menetak kaki isterinya dengan parang di rumah sambil disaksikan oleh anak mereka sendiri. 


Kadek Adi Waisaka Putra, 36, dengan tegarnya telah memotong kaki isteri, Ni Putu Kariani, 33, hingga putus akibat didorong rasa cemburu dan menyangka isterinya curang. Aduhai! 

Beberapa keping gambar dari media Indonesia tersebar menunjukkan mangsa, Ni Putu dalam keadaan kesakitan dan kesan darah yang memenuhi lantai rumah akibat dari kejadian itu.

Tetak 4
Sumber: Tribunnews
Tetak
Sumber: Tribunnews
Tetak 3
Sumber: Tribunnews

Menurut Ketua Polis Bandung, Supritendan Yudith Satriya Hananta di Tribun Bali, kaki kiri mangsa telah ditetak putus dari bahagian buku lali. Manakala kaki kanannya pula hampir-hampir saja putus dengan luka di tulang kering. Ngerinya!  

Akibat berasa menyesal dengan tindakannya, Kadek Adi memutuskan untuk membawa si isteri ke Klinik Balimed Canggu dengan menggunakan kenderaannya sendiri.

Cemburu Pria Asal Buleleng Potong Kaki Istrinya Di Depan Anaknya M 12109
Sumber: Tribunnews

Menurut penduduk tempatan, Kadek Adi yang bekerja sebagai pemandu sambilan adalah seorang yang jarang bergaul dengan masyarakat sekeliling. Justeru apabila jenayah ini berlaku, ramai yang tertanya-tanya siapakah suspek itu.

Salah seorang penduduk kampung bernama Ketut mengakui yang kejadian tersebut memang disaksikan oleh anak mangsa yang baru bersekolah rendah.

“Bahkan anaknya ada di saat kejadian itu. Kasihan umur sebegitu sudah melihat hal yang tidak sepatut dilihatnya,” kata Ketut. Muda-muda dah trauma teruk kan? Uhuhu…

Kos 20170907 095751
Sumber: Tribunnews

Sementara itu, suspek kini sudah tahan oleh balai polis Bandung dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Pihak polis juga telah merampas beberapa barang bukti dari tempat kejadian termasuklah sebilah parang sepanjang 30cm, sehelai tuala berwarna putih, t-shirt berwarna hitam, seluar pendek dan tali pinggang biru yang kesemuanya diselaputi darah. Ewww! 

Tetak 2
Sumber: Tribunnews

Jika sabit kesalahan suspek akan dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun di bawah akta kekerasan rumah tangga.

Kes tersebut telah mendapat perhatian netizen dari Indonesia yang rata-rata terkejut melihat gambar kejadian yang mengerikan dan mengecam tindakan suspek yang kejam terhadap isterinya.

Walau apa masalahnya pun, mencederakan isteri bukanlah penyelesaiannya. Kasihan anak masih kecil jadi trauma dengan apa yang berlaku di depan mata…

Baca: Lelaki Dibakar Hidup-hidup Oleh Penduduk Kampung Kerana Mencuri Pembesar Suara Masjid

Bakar 1

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Syaida Ismail
Lagi tulisan Syaida
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Anak Saksi Perbuatan Bapa Tetak Kaki Emak Hingga Putus Depan Mata Akibat Rasa Cemburu
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/anak-saksi-perbuatan-bapa-tetak-kaki-emak-hingga-putus-depan-mata-akibat-rasa-cemburu/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM