in

Lelaki Tunjuk Jari Tengah, Tidak Mengaku Langgar Kereta Kerana Tidak Beri Signal

Bg2 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Lelaki Tunjuk Jari Tengah, Tidak Mengaku Langgar Kereta Kerana Tidak Beri Signal
Loading
/

Umat Islam digalakkan banyak bersabar terutama pada bulan yang mulia ini. Namun setiap orang tidak kira baik atau jahat pasti mempunyai tahap kesabaran masing-masing, lebih-lebih lagi bila dipersalahkan atas perkara yang memang sudah nyata bukan salah mereka.


Itulah cabaran yang menimpa pasangan ini ketika mereka sedang memandu di jalan raya apabila kereta mereka dilanggar seorang individu yang memang tak sedar diri.

Sumber : Facebook

Video sepanjang lima minit ini menjadi tular di media sosial kerana kesungguhan individu itu menyakinkan dirinya tidak bersalah.

Semestinya setiap pemandu tahu tentang undang-undang di jalan raya. Contohnya sebelum memotong kenderaan, kita wajib memasang signal untuk beritahu pemandu lain bahawa kita ingin melepasi mereka.

1 21 E1498115165246
gambar hiasan

Lelaki berbaju merah itu dikatakan telah melanggar kenderaan pasangan tersebut oleh kerana tidak memasang signal sebelum dia memintas kenderaan mereka. Tindakan tidak bertanggungjawab itu telah menyebabkan mereka terlibat dalam kemalangan kecil.

Selepas lelaki tersebut melanggar kenderaan mereka, dengan rasa tidak bersalah dia terus menaikkan jari tengah ke arah pasangan itu padahal sebenarnya dia yang bersalah. Apa masalah dia?

4 10
sumber : facebook

Selepas itu, kedua-dua pihak berhenti di tepi jalan dan mula bertekak tentang siapa yang menyebabkan kemalangan itu.

Walaupun sudah terang lagi bersuluh, lelaki berbaju merah itu tetap tidak mahu mengalah malah menyalahkan pasangan tersebut.

Masalahnya sekarang, you dahlah tak bagi signal, you nak masuk lorong orang, you sepatutnya bagi signal. Kami boleh pertimbangkan untuk bagi jalan”

Lelaki itu kemudian memberi alasan yang sama sekali tidak masuk akal,

Aku tak bagi signal sebab aku dah masuk separuh jalan dah! Aku dah masuk separuh jalan kenapa tekan minyak?”

Oleh kerana dua-dua enggan mengalah, mereka akhirnya mengambil keputusan untuk serahkan pada pihak polis sahaja masalah mereka itu.

Tak kira lah sengaja atau tidak, kalau dah terjadi mengaku jela salah.

Baca : Warga Emas Pandu Ferrari Tumbuk Pemandu Lain Kerana Enggan Memberi Laluan Kepadanya

6 4 E1498115657585

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.