in

Lelaki Toreh Muka Remaja 17 Tahun Kerana Berang Ajakan Seks Ditolak

Toreh

Entah apa nak jadi dengan dunia zaman sekarang. Hanya kerana berang cintanya ditolak, seorang lelaki sanggup bertindak gila dengan mencederakan wajah seorang gadis hingga meninggalkan kesan yang mendalam.

Dalam kejadian yang berlaku di Kampung Melayu Medan, Indonesia, seorang gadis berusia 17 tahun yang bernama Nadya telah diculik ketika dalam perjalanan pulang ke rumah dari sekolahnya.

22688110 278377266016606 5936356443274820497 N
sumber: facebook

Menurut Astro AWANI, suspek telah membawa mangsa ke sebuah rumah kosong yang berdekatan dengan kawasan kejadian. Pada mulanya mangsa dipaksa suspek untuk mengadakan hubungan seks. Namun Nadya menolak dan melawan hingga menyebabkan suspek marah dan menoreh wajah remaja berkenaan. Aduhai! 

“Saya dibawa ke rumah kosong dan sempat dipaksa melakukan hubungan intim tapi saya melawan dia tiba-tiba marah dan memukul serta menoreh muka saya,” kata mangsa kepada sebuah portal online.

22730537 278377229349943 7918636433238294254 N
sumber: facebook

Sejurus dari kejadian itu, mangsa telah ditinggalkan bersendirian di tepi jalan dengan keadaan wajahnya berlumuran darah. Kesiannya…

22788840 278377376016595 6295371324874591401 N
sumber: facebook

Menurut ibu mangsa, hubungan anaknya dan suspek memang rapat sehingga gadis tersebut telah menganggap suspek bagaikan abang kandungnya sendiri. Pun begitu, suspek merasakan yang sebaliknya.

“Nadya pernah memberitahu saya bahawa suspek pernah meluahkan perasaannya, namun anak saya menolak secara baik dan menganggap dia hanya sebagai seorang abang,” ujar ibu kepada mangsa.

22730318 278377322683267 8009733024094565074 N
sumber: facebook

Buat masa ini, difahamkan mangsa sedang menjalani rawatan di sebuah hospital akibat kecederaan yang dialami pada bahagian mata hingga mengakibatkannya hampir-hampir buta.

Remaja masa kini harus pandai menjaga batas pergaulan antara satu sama lain. Semoga suspek dikenakan hukuman yang setimpal dengan jenayah yang dilakukannya.

Baca: Lelaki Campak Wanita Jatuh Dari Tingkat 19 Selepas Kecewa Cintanya Ditolak

2 2