in

Lelaki Campak Wanita Jatuh Dari Tingkat 19 Selepas Kecewa Cintanya Ditolak

Man Throws His Crush Off 19Th Floor Balcony When He Finds Out She Hated Him World Of Buzz 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kerana cinta, nyawa pula jadi bahana! 


Menurut World of Buzz, kes seorang lelaki telah dibicarakan di mahkamah pada Rabu lalu (23 Ogos) atas pertuduhan membunuh seorang wanita dengan mencampakkannya jatuh dari tingkat 19 sebuah apartmen.

Lelaki yang berusia 27 tahun dari Hangzhou, China itu dilaporkan tergila-gila seorang wanita selama lapan tahun sebelum memilih untuk membunuh wanita tersebut dengan cara yang tragis. Dia telah menyukai gadis tersebut semenjak dari zaman sekolah lagi.

Man Throws His Crush Off 19Th Floor Balcony When He Finds Out She Hated Him World Of Buzz
sumber: wob

Hubungan kedua-duanya bertambah rapat selepas lelaki itu meninggalkan China untuk melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Sejak dari itu, mereka saling berhubung dengan lebih kerap dan gadis tersebut akan memberitahu perkembangan hidupnya dari semasa ke semasa kepada lelaki berkenaan.

Walau bagaimanapun, gadis tersebut tidak menerima lamaran cintanya dengan alasan mereka perlu saling mengenali dengan lebih rapat antara satu sama lain. Lelaki itu tidak berputus asa dan menghadiahkan gadis idamannya barangan yang mahal seperti barang kemas dan beg tangan berjenama.

Pada Januari tahun ini, lelaki itu dilaporkan berpindah kembali ke Hangzhou untuk berada lebih dekat dengan gadis berkenaan. Semenjak dari itu, mereka seterusnya menjadi teman serumah dan tinggal bersama rakan kerja si gadis.

Namun pada suatu hari, hubungan mereka tiba-tiba berubah tegang apabila suspek menjumpai sekeping gambar yang berbingkai akan gadis yang dipujanya bersama seorang lelaki lain di meja sisi katil.

Framed425
gambar hiasan

Kecewa dengan apa yang ditemuinya, suspek memberitahu mahkamah, “Saya telah mengejarnya selama lapan tahun dan dia langsung tidak pernah bersetuju untuk bergambar dengan saya.” 

Malam sebelum kematian gadis itu, suspek memberitahu mahkamah lagi yang dia terdengar akan perbualan gadis itu di telefon mengenai dirinya. Gadis itu mengakui yang dia tahu suspek menyukainya sejak dari dulu namun dia tidak menyukainya kembali. Haih cinta tak berbalaslah ni! 

“Saya tak boleh tidur pada malam itu dan hati saya sakit sangat.” 

Malah difahamkan juga, pihak polis telah menjumpai perkataan seperti “bunuh diri” dan “hukuman bagi membunuh” yang dicari lelaki itu melalui internet sebelum gadis tersebut dijumpai mati.

Pada keesokan paginya, lelaki tersebut terus menceroboh masuk ke dalam bilik mangsa dan mendukungnya lalu mencampakkannya dari balkoni apartmen di tingkat 19 itu. Aduh! 

Man Throws His Crush Off 19Th Floor Balcony When He Finds Out She Hated Him World Of Buzz 2
sumber: wob

Pun begitu, sehingga kini mahkamah masih belum menyatakan sebarang keputusan.

Walau bagaimanapun, diharapkan lelaki ini mendapat hukuman yang setimpal di atas perlakuannya. Meskipun dia mengakui dirinya teraniaya, ini tidak bermaksud dia boleh terlepas di atas kesalahan membunuh.

Inilah masalahnya kalau cinta bertepuk sebelah tangan. Dah orang tak suka tu move on je lah. Bunga bukan sekuntum, kan? Satu pergi, sepuluh lagi yang datang!

Baca: Lelaki Kelar Leher Wanita Kerana Komen Tak Pandai Melakukan Seks

Seks 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.