in

Lelaki Mengamuk Tidak Dapat BR1M Tetak Kereta Pengerusi JKKK

Mengamuk 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bab wang jangan dibuat main. Kalau dah naik angin, apa pun tak boleh buat!


Seorang lelaki mengamuk dan menetak kereta milik Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) kerana tidak mendapat Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Kejadian yang berlaku di Kampung Gong Duek, Hulu Besut bermula apabila lelaki terbabit dilihat mengalami gangguan emosi dan mengugut ibu bapanya yang berusia 80-an untuk mendapatkan wang.

Walau bagaimanapun, apabila suspek cuba ditenteramkan dia beralih pula untuk meminta wang daripada Pengerusi JKKK namun dia tidak dilayan. Disebabkan itu, suspek naik berang dan mula menuduh mangsa tidak melayani permohonan wang BRIM yang dipohon sebelum ini.

Berikutan itu, suspek yang mengamuk mengambil tindakan menetak bahagian belakang kereta Proton Wira milik mangsa.

Tetak Polis
gambar hiasan

Akibat daripada tindakan ganas tersebut pihak polis terpaksa melepaskan tembakan menggunakan pistol ‘taser gun M26C’ dan pihak bomba pula melepaskan pancutan air untuk melemahkan suspek. Namun semua usaha tersebut tidak mendatangkan hasil apabila suspek tidak dapat ditangkap dan melarikan diri ke dalam hutan berhampiran. Gilalah!  

Polisi Nekat Berduel Dengan Pria Yang Mengamuk Dan Acungkan Parang Q88
gambar hiasan

Suspek yang berusia 30-an itu pernah mempunyai tiga kesalahan lampau termasuklah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat. Buat masa ini suspek masih lagi dalam buruan polis.

Bulan puasa ini kena banyak bersabar. Kalau inginkan wang, lebih baik berusaha mendapatkannya sendiri dari meminta-minta pada orang lain. 

Baca: Wanita Terpaksa Kurung Suami Kerana Mengamuk Pecahkan Siling, Cermin Tingkap Rumah di Selayang

Amok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.