Akibat mengamuk tak tentu pasal, seorang isteri terpaksa mengurung suaminya di dalam bilik kerana lelaki tersebut telah memecahkan siling dan cermin tingkap rumah mereka di Kampung Sungai Tua, Selayang.

Wanita itu turut mendakwa suaminya cuba mencederakannya sehingga dia terpaksa melarikan diri. Bimbang keselamatannya diancam, mangsa bersama anaknya kemudian meminta bantuan abang ipar untuk menghubungi polis.
Sebaik sahaja polis tiba di lokasi pada jam 6.49 petang, ahli keluarga lelaki tersebut yang ketakutan berada di luar rumah. Manakala lelaki itu pula dikurung di dalam bilik tidur.
Setelah setengah jam memujuk, lelaki itu akhirnya mengalah dan kelihatan agak penat berikutan kejadian tersebut. Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) diberikan kebenaran polis untuk memberi rawatan terhadap lelaki itu yang kelihatan sedang terbaring di atas katil.

Pemeriksaan APM terhadap lelaki itu mendapati terdapat luka pada bibirnya akibat terkena serpihan kaca. Dia kemudiannya dibawa ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut.

Menurut Harian Metro, sehari sebelum kejadian tersebut berlaku, suspek telah bertindak kurang waras dengan mengacukan pisau ke arah anak dan isterinya. Walau bagaimanapun, dia dapat ditenangkan.
Lelaki itu juga dikatakan mempunyai masalah emosi, namun tidak pernah mendapatkan sebarang rawatan di hospital.
Macam-macam pula yang berlaku sepanjang bulan Ramadan ni. Kalau rasa stress dan depresi yang berlebihan, rujuklah kepada doktor yang pakar. Jangan simpan sendiri hingga meletup.
Baca: Lelaki Mengamuk Jiran Tua Buat Bising Pukul Untuk Bagi ‘Pengajaran‘