in

Lelaki Curi Kereta Dari Bilik Pameran Tetapi Tertinggal MyKad Dengan Pembantu Jualan

Page 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nampaknya kita telah jumpa pemenang bagi anugerah pencuri paling bijak di dunia bagi tahun 2017!

Kami anugerahkan hadiah ini kepada seorang jejaka bersama dua rakannya di Kota Bharu kerana telah mencuba untuk melarikan diri dengan sebuah kereta baru tetapi tertinggal kad pengenalannya di bilik pameran itu.


Cerita lawak ini bermula pukul 4pm pada hari Sabtu di mana suspek utama telah hadir ke bilik pameran dan meminta untuk pandu uji sebuah kenderaan dari pembantu jualan di situ.

Perodua Bezza 5 1024X590
gambar hiasan

Semasa memandu uji, suspek memandu ke restoran berdekatan dan memberitahu pembantu jualan itu yang dia mahu dua rakannya untuk naik sekali lantas meneruskan perjalanan ke arah Lundang.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Din Ahmad berkata salah seorang daripada mereka telah menghalakan objek tajam ke leher pembantu jualan dan menutup kepalanya dengan sehelai kain.

Jurujual cuba melawan tetapi dia ditumbuk dan kemudian ditinggalkan di kawasan perumahan di Lubuk Jong, Pasir Mas”

Ketika membuat laporan kepada pihak polis, pembantu itu menyedari bahawa suspek telah meninggalkan MyKad beliau di bilik pameran itu.

Icgambarhiasan E1496735189163
gambar hiasan

Hasil dari ‘kebijaksanaan’ pencuri kereta itu, polis kini telah pun kenal pasti idenititi seorang daripada tiga suspek dan sedang memburu suspek yang lain. 

Ini lah yang orang kata, nak buat jahat tapi tak pandai.

Baca: Kanak-kanak Cuba Menyelinap Keluar Rumah Ketika Ibu Bapa Keluar Tersepit di Pintu Jeriji

Kantoi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.