Setiap perlakuan dengan niat yang tidak baik pasti akan ada balasannya. Kalau yang terus terima balasan tu orang kata, Tuhan bayar cash! Kan?
Seperti seorang kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun ini yang terpaksa menanggung sakit akibat kesalahannya sendiri.
Muhamad Haimin Hadol Fadli dikatakan dikunci di dalam rumah oleh kedua ibu bapanya yang pergi bekerja. Mereka berbuat sedemikian bukanlah kerana mendera tetapi kerana mahu mengelak kanak-kanak itu daripada merayau keluar.
Menyedari dia mungkin berpeluang curi-curi keluar, Haimim merancang untuk menyelinap sementara ibu bapanya masih belum pulang.
Tetapi ternyata rancangannya gagal bukan kerana dilihat oleh ibu bapa tetapi kerana badannya tersepit di pintu jeriji rumahnya ketika sedang cuba keluar di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung baru Hicom. Kantoi terus!
Insiden itu berlaku kira-kira jam 9 pagi di mana seorang jiran kemudian ternampak apa yang berlaku dan terus segera menghubungi ibu bapa Haimin.
Tujuh anggota bomba kemudian tiba di lokasi kejadian untuk membantu Haimin. Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam, Azmel Kamarudin,
Setibanya di lokasi, kelihatan tubuh mangsa sedang tersepit pada jeriji pintu di bahagian bawah.”
Mereka memotong pintu jeriji itu menggunakan alat pemotong hidraulik untuk mengeluarkan mangsa.
Anggota bomba engambil masa selama lima minit untuk mengeluarkan mangsa.”
Kanak-kanak itu dilaporkan berjaya diselamatkan tanpa mengalami apa apa kecederaan. I love you abang bomba! Eh!
Kan tak pasal pasal dah maluuuu! Mesti kena ‘bahan’ dengan kengkawan nanti. Haha!