Lelaki Berpakaian Wanita Ditahan Selepas Berkata ‘Hai Bang, Jom Hotel’ Kepada Koperal Polis

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Seorang lelaki berpakaian seperti wanita telah melakukan kesilapan besar apabila dia dilaporkan telah menawarkan perkhidmatan seks kepada seorang pegawai polis.

Menurut Malay Mail, insiden itu berlaku pada 31 Julai lalu di Jalan Berangan, Bukit Bintang kira-kira jam 4.50 pagi. Semasa kejadian, Ismaley Bihaki, 25, sedang berdiri di kaki lima di hadapan Restoran Vietnam di mana seorang pegawai berpangkat Koperal, Roslim Ahmad Fuad melalui laluan itu.

Tanpa mengetahui Roslin adalah seorang anggota polis, Ismaley dengan nada bersahaja terus bertanya,

Hai bang, jom hotel, RM100.”

Gambar hiasan

Disebabkan tawaran itu, Ismaley telah ditahan dan dibicarakan di Mahkamah Majistret semalam. Ismaley yang hadir dengan memakai baju T ketat berwarna putih bersama skirt jeans paras paha mengaku bersalah di atas pertuduhan itu.

Anak bongsu daripada lima beradik itu didakwa mengikut Seksyen 372 (B) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga setahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Peguam yang mewakilinya, S Narasimham bagaimanapun merayu hukuman ringan dikenakan dengan alasan itu adalah kesalahan pertama anak guamnya.

Gambar hiasan

Mujurlah, selepas hukuman dibacakan, Ismaley hanya didenda RM1,800 dan tidak menghadapi hukuman penjara. Nasib baik kau!

Lepas ni mesti dia berjaga-jaga nak offer perkhidmatan!

Baca: Lelaki Gagal Jumpa Jalan Keluar Rumah Selepas Pecah Masuk dan Mencuri

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Sue Idris

Seorang ibu. Siapa cakap anak aku tak comel siap eh!