in

Lelaki Gagal Jumpa Jalan Keluar Rumah Selepas Pecah Masuk dan Mencuri

Pencuri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Niat seorang lelaki untuk mencuri tidak kesampaian apabila dia tidak berjaya melakukan misi itu sehingga selesai. Menurut Sinar Harian, seorang lelaki telah ditangkap ketika cuba melarikan diri bersama barang berharga milik sebuah keluarga di sebuah rumah di Kampung Mengkuang Masjid, Baling, Kedah.


Pencuri5
sumber: facebook

Ketika kejadian yang berlaku Jumaat lalu kira-kira jam 1.15 pagi, tuan rumah, Omar Gul Hadzrat Gul, 77, ternampak kelibat seorang lelaki di dalam rumahnya.

“Waktu itu saya nak keluar pi tandas, tiba-tiba perasan ada seorang lelaki kepala botak duduk atas kerusi di meja makan. Dia nampak macam letih.”

Omar yang juga seorang pengamal perubatan kemudian bertanya sama ada lelaki itu adalah pencuri dan mengapa dia tidak keluar dari rumah. Ternyata lelaki itu sebenarnya tidak menemukan pintu keluar dan tidak dapat ingat arah dia memasuki rumah tersebut.

Pencuri6
sumber: facebook
Pencuri2
sumber: facebook

Ketika itu, Omar terus memegang tangan pencuri berkenaan dan menendang ke muka menyebabkan lelaki tersebut pengsan sebelum diserahkan kepada pihak polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Baling untuk tindakan selanjutnya.

Isterinya, Hasnah Husain, 56, berkata pencuri tersebut masuk ke dalam rumah melalui tingkap bilik tidur mereka yang tidak berkunci.

Pasangan
sumber: sinar harian

Menurut Omar, sebelum ini terdapat empat orang pencuri yang cuba mengambil burung yang dibelanya. Bagaimanapun, mereka tidak sempat berbuat sedemikian kerana mengaku ternampak laut dan tidak dapat melarikan diri. 

Omar akui sudah membiasakan diri dengan mendinding kediamannya dengan ayat suci al-Quran kerana ia adalah kalimah paling hebat untuk menghalang anasir jahat.

Kenapa dia ada taring buaya… Apa-apa pun alhamdulillah amalan dia membaca ayat suci al-Quran berjaya patahkan usaha pencuri tu.

Baca: Peragut Maut Selepas Mangsa Kejar dan Langgar Motorsikal Ketika Cuba Memberhentikannya

Ragut

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.