“Laju dia scroll” – Wanita ‘Stalk’ Telefon Pasangan, Konon Mahu Ambilkan Gambar

Tambah ke Sumber Pilihan
“Laju dia scroll” – Wanita ‘Stalk’ Telefon Pasangan, Konon Mahu Ambilkan Gambar

Biasalah bila dah ada pasangan ni, pasti pernah timbul syak wasangka walaupun sekali, kan? Kadang-kadang bila kita minta untuk stalk telefon, bermacamlah alasan yang keluar dari mulut pasangan.

Namun, satu video yang viral di X baru baru ini memaparkan seorang wanita menggunakan cara yang berbeza untuk stalk telefon teman lelakinya. Mungkin cara ini boleh digunakan untuk para wanita di luar sana?


Ambilkan gambar teman lelaki

Difahamkan situasi tersebut berlaku di Indonesia yang mana seorang wanita ingin mengambil gambar teman lelakinya. Mereka pada ketika itu berada di meja makan yang terletak di tepi sebatang jalan.

Di awal video, lelaki yang menganggap dirinya sedang diambil gambar oleh wanita itu membuat beberapa posing daripada duduk di atas kerusi sehinggalah berdiri.

Namun, lain pula yang berlaku apabila wanita itu mengambil kesempatan untuk stalk telefon lelaki tersebut. Tidak hanya melihat satu aplikasi, dia juga sempat membuka beberapa aplikasi lain.

Artikel berkaitan: “Dari Kak Sha ke Sayang” – Netizen Stalk Tweet Lama Ubai Pasal Shila Amzah Sejak 2011

Artikel berkaitan: Lagi Kes ‘Stalking’, Wanita Trauma Bekas Pekerja Hantar Mesej ‘Bukan-bukan’ Walaupun Dah Kena ‘Block’

Bagi arahan untuk posing 

Dalam masa yang sama, wanita itu seolah-olah memberi arahan kepada lelaki berkenaan untuk melakukan beberapa posing yang lain. Jadi, dia dapat membaca mesej lelaki tersebut dengan lebih lama sambil lelaki itu menukar gaya yang lain.

Disuruh fotoin malah stalking – tulisan dalam video

Menjengah di ruangan balas pada hantaran itu, ramai netizen tergamam melihat kepantasan wanita tersebut stalk telefon teman lelakinya.

Indo 1

Amboi kak, laju betul stalk handphone lelaki tu!

Sumber: X

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Alya Husna
Lagi tulisan Alya
Boleh makan ayam gepuk pedas level 3 sambil tulis artikel!

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Lihat di Instagram(buka di tab baharu)

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Laju dia scroll” – Wanita ‘Stalk’ Telefon Pasangan, Konon Mahu Ambilkan Gambar
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/laju-dia-scroll-wanita-stalk-telefon-pasangan-konon-mahu-ambilkan-gambar/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM