Baru sahaja kita mendengar perkhabaran baik mengenai kes menghendap jurugambar wanita terkenal, hari ini timbul lagi satu kes stalking yang baru.
Pengguna Twitter @fidahroslan berkongsi deritanya apabila seorang bekas pekerjanya difahamkan telah mengganggu kehidupan peribadinya walaupun telah disekat (block) di semua media sosial beserta nombor telefon.
“I rasa dah sampai masa I opened up perkara ni publicly sebab I dah tak tahan hidup dalam keadaan tertekan, trauma dan ketakutan.
More than a year I kena harassed dengan lelaki psycho (in fact until today 8/8/2023) dia masih ganggu hidup I,” tulisnya.
Difahamkan lelaki tersebut merupakan bekas pekerjanya dan pada ketika itu dia sering menelefon wanita berkenaan pada waktu malam tetapi tidak diendahkan kerana wanita itu lebih selesa berurusan melalui mesej.
Pada bulan Februari tahun lepas, lelaki berkenaan berhenti kerja tanpa sebarang notis, wanita itu bagaimanapun tidak mencarinya semula, sebulan kemudian dia menghubungi wanita tersebut dan seakan marah kerana dia tidak mencarinya sewaktu dia berhenti kerja.
Wanita itu menyangka ia hanya berhenti di situ tetapi tidak, sebaliknya lelaki berkenaan mula menghantar mesej yang aneh malah dia turut mengakui yang dia sudah terjatuh hati kepada wanita itu.
Dia text I macam ni. Dan dari sini bermula nya gangguan yang tak henti2 dari dia. Melalui semua platform socmed. Start dari hari kejadian ni I tak respond langsung sebarang text dari dia. pic.twitter.com/8HuIGwLTHV
— Nur (@fifahroslan) August 8, 2023
Wanita tersebut kemudiannya meminta rakan kerjanya yang lain untuk bercakap dengan lelaki itu agar tidak mengganggunya lagi namun dia berkata wanita itu memberi bayangan konon seakan menggodanya.
Gangguan itu tidak berhenti di situ, malah lelaki berkenaan sentiasa menghantar mesej yang melampaui batas dan sentiasa bertanya mengapa wanita itu menyekatnya di semua platform.
Kerana tidak dilayan, lelaki itu bertindak menghubungi syarikat wanita itu (HQ) untuk bercakap dengannya.
Disebabkan terlalu trauma dan ketakutan, wanita itu difahamkan telah membuat dua laporan polis berkenaan isu ini dan berharap ada tindakan segera daripada pihak mereka.
8 AUGUST 2023. I made second police report. Masih dapat jawapan yang sama. Call the number if he is nearby. Cuba bagi tau I macam mana I nak hidup dengan tenang? pic.twitter.com/xE6qhC6ANG
— Nur (@fifahroslan) August 8, 2023
Harap pihak berkuasa dapat selesaikan perkara ini secepat mungkin.
Baca: ‘Stalker’ Ganggu Wanita Selama 8 Tahun Jadi Individu Pertama Didakwa Bawah Akta Anti-Menghendap