in

“Kurang ajar” – Gigih Sewa Kereta Nak Bawa Mak Bapak Jumpa Keluarga Bakal Suami, Sekali…

Collage 28

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekarang ni makin ramai pula orang yang berkahwin walaupun baru je berkenalan kan? Tapi, tak semua kisah percintaan berakhir di jinjang pelamin…


Macam cerita yang berlaku dekat negara jiran ni. Satu keluarga dari Bandung telah ditipu oleh bakal menantunya yang dikatakan berasal dari Surabaya.

Menurut Tribun News, cerita yang tular di Indonesia ini pada awalnya diceritakan oleh seorang pengguna Facebook bernama Yuni Rusmini Chanel.

Ceritanya, keluarga Ocen Suhendar seramai 9 orang telah bersiap sedia untuk mengunjungi keluarga calon menantunya, Rifqi Fahreza di Surabaya.

Menurut Ocen, anaknya Irma telah berkenalan dengan Rifqi selama sebulan sebelum bakal menantunya ini menyatakan niat untuk mengahwini anaknya.

Irma yang bersetuju dengan lamaran lelaki ini, terus memberitahu keluarganya tentang niat mereka untuk bernikah.

67079557 115161813108314 3342206853823070208 N

Ekoran itu, Ocen membuat keputusan untuk pergi ke rumah keluarga Rifqi untuk berkenalan dan mengeratkan silaturrahim.

Cadangan Ocen ini disambut baik oleh Rifqi dan pada hari Rabu (10 Julai), Ocen dan ahli keluarganya seramai 9 orang termasuk Rifqi telah menaiki satu kereta sewa untuk pergi berjumpa bakal besan di Surabaya.

Nak dijadikan cerita, ketika keluarga malang ini tiba di terminal Osowilangon, Rifqi telah mengajak keluarga Irma untuk pergi ke rumah mak ciknya dengan berjalan kaki.

Di pertengahan jalan, Rifqi tiba-tiba nak berpatah balik ke kereta kerana mengatakan tertinggal hadiah yang dibelikan untuk mak ciknya.

Tanpa berfikir panjang, Ocen menyerahkan kunci keretanya kepada Rifqi namun selepas ditunggu, bakal menantunya ini tak kunjung tiba.

66715396 115161783108317 524405031416365056 N

Risau kalau ada apa-apa buruk yang berlaku, keluarga ini berpatah balik ke tempat dorang letakkan kereta tapi hampa bila bukan saja mereka tak nampak batang hidung Rifqi, kereta sewa yang mereka bawa pun dah tak ada.

Bila mereka cuba hubungi Rifki, telefon bimbitnya dah tak aktif lagi. Kesemua barang rombongan termasuk wallet Ocen turut diambil.

Polis dan orang ramai kini dalam proses untuk menjejaki Rifqi.

Allah kesiannya, tak pasal-pasal kena tipu macam ni…

 

Baca: “Jahatnya tipu!” – Lelaki Kecewa Beli ‘Chicken Sandwich’ Tapi Dapat Roti, Sekeping Timun & Sehelai Salad Je!

Screenshot 2019 07 16 At 11.06.59 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.