in

Tokey Nasi Kandar Di Kedah Degil Tak Mahu Kuarantin Lepas Pulang Dari India, Relaks Pakai ‘Gelang Pink’ Kat Kedai.

Gambar Hiasan 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak akhir-akhir ini, tular isu ‘gelang pink’ di media sosial. Dari yang ‘ego’ mencabut gelang tersebut dan buang gelang itu sampailah yang ‘terlalu yakin’ sehingga melanggar syarat kuarantin di rumah.


Selepas gambarnya tular di media sosial, seorang pengusaha nasi kandar di pekan Napoh, Jitra ditahan polis semalam dan dikenakan kompaun RM1,000 selepas didapati melanggar syarat kuarantin di rumah.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Supt Mohd Ismail Ibrahim berkata lelaki berumur 57 tahun itu dipercayai baru pulang dari India pada 13 Julai lepas dan telah diwajibkan untuk menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari lapor Bernama.

775288

2 9 1

Lelaki terbabit dikatakan dia berada di restoran itu bagi memantau perniagaannya hari ini.

“Kita telah mengeluarkan kompaun kepada lelaki berkenaan sebelum mengarahkannya untuk pulang menjalani proses kuarantin di rumah. Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia akan mengambil tindakan lanjut”

Lelaki berkenaan walau bagaimanapun didapati negatif pada ujian saringan Covid-19 dan dia perlu menjalani ujian saringan kedua pada minggu hadapan lapor Bernama lagi.

Jangan terlalu selesa, kita masih belum menang.

Baca: Ni mesti reuse banyak kali tak cuci –  Pakai Mask Fabrik Punca Makcik Gelang Pink & Anak Dijangkiti COVID-19

Capture 2 5

Sumber: Sinar Harian
Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.