in

“Komando bagai nak gila jalani latihan, ko senang2 je” – Lepas Kes Menyamar Jadi Polis, Ada Remaja Pulak Menyamar Nak Jadi Komando!

Pelik2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Masih ingat tak kisah Tuan Ramdan yang ditahan tak lama dulu sebab menyamar jadi polis? Haa kali ini ada pulak individu lain yang buat perangai macam Tuan Ramdan cumanya dia menyamar jadi komando tentera Pulak dah! 

Menerusi posting yang viral di Facebook, lelaki bernama Asri ni katanya telah mendapat perhatian netizen lepas menyamar menjadi komando dengan menyarung pakaian ketenteraan sesuka hatinya. 


 

“Komando bagai nak gila menjalani latihan, kita senang-senang je sarung beret tanpa latihan” 

Menurut surat laporan yang viral di media sosial, lelaki bernama Asri ni orang awam dan bukannya anggota tentera pun.

Tetapi menerusi gambar-gambarnya yang viral di Facebook, lelaki ni dilihat telah berpakaian celoreng dengan tag nama GERAK KHAS seakan-akan dia seorang anggota komando pulak.

Samar

86728419 10156839118706954 1138766499285041152 N

86357298 10156839118891954 7404869363171328000 N
sumber: facebook

Malah yang tak bestnya, dia menggunakan identiti palsu ni untuk ‘tackle’ atau ‘goda’ perempuan kat luar sana yang meminati lelaki yang bertugas sebagai anggota uniform. Siap masuk video dalam Tik Tok lagi. Ish, ish, ish… 

86426724 10156839118421954 8015809988372987904 O

86697548 10156839118661954 669458996263911424 O
sumber: facebook

 

“Kalau ada kes menyamar polis, askar, komando, tolong jangan lokap dia. Mintak tolong serap dia orang, biar dia tahu langit tu tinggi ke rendah” 

Kes ini telah mendapat perhatian netizen yang rata-rata pelik dengan sikap sesetengah individu yang sanggup menyamar gara-gara nak jadi anggota beruniform.

Ada di kalangan netizen juga suggest, apa kata serap mereka yang berminat ni dalam anggota beruniform tersebut supaya mereka tahu bukan senang sebenarnya nak jadi polis atau askar. Training dorang susah oi! Hanya yang terpilih je boleh tahan. 

Kom
sumber: facebook

Kalau sekadar minat nak jadi askar atau polis tapi tak bersungguh nak masuk training mereka pun tak boleh jugak bro. Bukan senang tau nak jadi anggota beruniform ni. Harap-harap mereka yang suka menyamar ni fahamlah. 

Baca: “Kesian dia, hidup tak seperti orang lain” – Abang Kandung ‘Tuan Ramdan’ Buka Mulut, Jelas Kisah Sedih Adik Menyamar Jadi Polis

Ramdan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.