Minat yang mendalam terhadap dunia kepolisan telah menyebabkan seorang remaja berusia 19 tahun menyamar menjadi ‘Tuan Ramdan’ iaitu seorang anggota polis berpangkat inspektor.
Namun penyamaran ‘Tuan Ramdan’ akhirnya kantoi selepas dia ditahan pihak polis di Jalan Kluang, Batu Pahat semalam.
Kisah Tuan Ramdan ni tak berakhir kat situ je. Semalam seorang individu yang mendakwa dirinya ‘abang kandung’ kepada Tuan Ramdan ni akhirnya buka mulut tentang kisah sedih adiknya di Facebook.
“Aku adalah abang kandung dia. Tak pernah sekali pun aku jumpa dia seumur hidup aku”
Menurut posting yang dikongsikan page Viral Media Johor ni, individu tersebut merupakan abang kandung kepada Tuan Ramdan. Walau bagaimanapun, mereka tak pernah berjumpa sebelum ini kerana krisis keluarga.
Ramdan telah diberikan kepada keluarga angkat selepas ayah dan ibu tiri individu tersebut berpisah. Malah bapa kandung mereka juga tak pernah bertemu dengan Ramdan ni sejak lahir lagi. Allah… sedih pulak.
“Dia ni budak baik, dia tak berbahaya dan dia tak pernah buat apa-apa jenayah”
Malah tambah abangnya lagi, punca Ramdan ni menyamar menjadi polis ialah kerana minatnya yang teramat kepada badan beruniform tersebut.
Namun kerana dia seorang diri dan tak ada orang nak menasihatinya selepas ibu bapa angkat meninggal dunia, dia telah tersalah langkah. Ramdan juga menurut abang kandungnya, seorang yang baik dan tidak berbahaya.
“Dia menyamar tu memang salah tapi kita ni jangan dangkal sangat. Share kisah dia, gelakkan dia…”
Netizen yang membaca luahan hati abang kandung Tuan Ramdan ni mula bersimpati dengan nasib anak muda yang begitu minat dengan pekerjaan polis tapi telah tersalah langkah.
Ramai yang menasihati supaya netizen lain hentikanlah mengejek individu ni dan pihak polis perlu beri peluang kepadanya untuk menjadi anggota polis yang sebenar. Mana tahu dia boleh berubah dan jadi polis yang baik kan?
Betul cakap netizen tu. Hentikanlah mengejek dia. Kita doakan semoga impian dia nak jadi polis tercapai juga akhirnya nanti. Amin.
Baca: “Niat dia bagus” – Remaja Lelaki Ini Menyamar Jadi Polis Untuk Kawal Lalu Lintas