in

Kes Ibu Didera Anak: Keluarga Salahkan ‘Semboyan’ Dakwa Mereka Melebih-lebih?

Ft Adik Beradik Salahkan Semboyan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini tular berkenaan dengan isu seorang ibu yang didakwa telah didera oleh anak-anaknya sehinggakan Semboyan Malaysia masuk campur untuk uruskan kepincangan antara mereka sekeluarga.

Setelah isu ini mendiam, ia tiba-tiba mendapat perhatian semula apabila si ibu bersama dua lagi anaknya membuat pendedahan dalam satu sesi live.


Artikel Berkaitan : “Ambil untung atas angin” – [Video] Yusuf Azmi Lempang Lelaki Jual T-Shirt Ciplak Semboyan

Artikel Berkaitan : Isu Barangan Ciplak, Ramai Netizen Bandingkan Cara Yusuf Azmi Dengan Khairul Aming

Dalam video tersebut, si ibu bersama anak-anaknya yang terlibat dalam isu ini menyatakan bahawa cara Semboyan Malaysia itu menguruskan kes ini tidak betul kerana didakwa telah ‘menceroboh’.

Malah, kedua-dua anaknya itu telah mendakwa bahawa si ibu tidak datang untuk isi borang bagi mendapatkan bantuan Semboyan Malaysia.

https://www.tiktok.com/@ezz_ryani/video/7290463548151467265

https://www.tiktok.com/@ezz_ryani/video/7290562662788877569

Video tersebut telah mengundang pelbagai reaksi netizen, ada yang anggap bahawa adik beradik ini putar belit cerita dan ada juga mendakwa yang si ibunya ini seolah-olah berada di dalam ketakutan.

Malah ada juga mempersoalkan si ibunya itu yang tiba-tiba berpihak pada anak untuk menyalahkan Semboyan yang diketuai oleh Yusuf Azmi.

Screenshot 2023 10 17 153357 Screenshot 2023 10 17 153432 Screenshot 2023 10 17 153527

Sebelum ini, tular kes di mana seorang lelaki telah melakukan kekerasan terhadap seorang wanita warga emas yang juga dipercayai adalah ibunya hingga mendapat perhatian sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Semboyan yang diketuai Yusuf Azmi.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.