in

“Ambil untung atas angin” – [Video] Yusuf Azmi Lempang Lelaki Jual T-Shirt Ciplak Semboyan

Azmi3

Semalam viral satu video memperlihatkan sekumpulan individu bersama Yusuf Azmi memukul seorang lelaki warga asing.

Video itu tular di merata plaform media sosial, difahamkan ia susulan dengan kes yang melibatkan organisasinya, Semboyan 1 Malaysia.

 

Jual baju cetak rompak jenama Semboyan

AMARAN : video yang dipaparkan sedikit ganas dan mungkin tidak sesuai ditonton untuk golongan bawah umur.

https://twitter.com/nanmanjoi8715/status/1389135744287973378?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1389135744287973378%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fohmedia.my%2Fohtidak%2Fvideo-yusuf-azmi-pengikutnya-pukul-warga-asing-polis-akan-lakukan-siasatan%2F

Sedikit info untuk mereka yang tak berapa tahu, Semboyan 1 Malaysia ini merupakan satu badan NGO yang membantu orang dalam menyelesaikan masalah seperti hutang, penipuan, penindasan, kepenggunaan,warisan dan harta pusaka serta kemungkiran perjanjian.

Dengan penubuhan NGO ini, Yusuf Azmi dan anggota-anggota NGO ini ada buat baju yang menggunakan nama organisasi ini.

Azmi 1

Berbalik kepada kes yang tengah viral, tindakan sedemikian dibuat berikutan dengan beberapa aduan berkenaan dengan Scammer yang menciplak baju jenamanya yang dikenali sebagai TShirt Semboyan Jihad.

Ramai yang mengadu bahawa baju yang mereka beli tidak mencapai kualiti yang memuaskan.

“Sudahlah dicetak rompak, harga yang ditawarkan sangat tidak munasabah iaitu pada harga RM5 dan RM10 sahaja. Lebih memedihkan lagi, apabila penjual tersebut ‘memancing’ untuk menyuruh membeli dengan kuantiti yang banyak.”

Penjual yang tidak bertanggunjawab itu dapat dikesan apabila pihak mereka menyamar sebagai pembeli. Setelah bersemuka, lelaki itu tidak mengaku dirinya penjual namun, ianya terbongkar apabila telefon berbunyi setelah cuba dihubungi.

Setelah ditekan berkali-kali…

 

Mengaku bahawa dia menjual barangan ‘reject’ produk Semboyan Malaysia.

Azmi4

Menerusi Facebook Yusuf Azmi, dia tidak nafikan perbuatan itu agak kasar, namun Yusuf Azmi sendiri bertindak sedemikian kerana beliau tidak mahu orang ketiga yang merosakkan namanya dan Semboyan sendiri.

“Anda cuba bayangkan kami hanya menempah sebanyak 600 helai pada harga RM10 ringgit. Dia boleh untung secara ‘ATAS ANGIN SEBANYAK RM6000 dengan hanya menjual T-shirt Semboyan Jihad yang telah di reject’. Sudahlah makan untung atas angin, dia turut menggunakan satu kedai pencetakan baju yang dimiliki oleh bangsa Melayu sendiri sebagai umpan dan menyakinkan mangsa untuk ditipu.”

 

Tak nak imej tercalar

Azmi2

Jelasnya lagi, dia mengamuk adalah kerana tidak mahu imej branding Semboyan Malaysia dan bisness kedai print yang menghasilkan baju tulen Semboyan itu tercalar angkara perbuatan yang boleh dikatakan satu penipuan ini.

“Kami juga disini memohon maaf andai mengguris perasaan anda di bulan yang mulia ini. Yang baik itu datang dari Allah, yang buruk itu dari saya.”

Sebelum ini, sumber melaporkan bahawa Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata pihak polis sedang mengesan mereka dan beliau menambah bahawa kes telah diklasifikasi di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Jika disabitkan kesalahan, bolehlah dihukum penjara dua tahun atau dikenakan denda ataupun kedua-duanya sekali serta kesalahan melanggar SOP.

 

Baca : 17 Hilang Tempat Tinggal di Subang Selepas Rumah Dirobohkan Meskipun Dihalang Pihak Berkuasa

Azmi5