in

Isu Barangan Ciplak, Ramai Netizen Bandingkan Cara Yusuf Azmi Dengan Khairul Aming

Yusufaming

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nampaknya isu mengenai barangan dan produk ciplak ini telah menjadi bahan bualan netizen di media sosial,  selain isu produk Yusuf Azmi, minggu lepas Khairul Aming ada menzahirkan rasa marah dan kesal terhadap penjual yang menciplak sambalnya.


Kalau korang ada follow kisah Khairul Aming ini, dia ada membuat satu kenyataan terbuka di media sosial dan individu yang bertanggungjawab itu telah pun tampil membuat permohonan maaf secara terbuka.

Namun begitu, netizen dah mula membanding-bandingkan cara mereka berdua hadapi masalah sebegini.

 

2 situasi yang sama. Barang diciplak. Tapi 2 respond yang berbeza. Rasa-rasanya, kalau non muslim tengok, tindak balas mana yang lebih murni dan mencerminkan Islam agama yang indah?”

E0Gbihkveaecrkq

Perbandingan ini mula timbul menerusi satu posting daripada netizen di Twitter mula dimuat naik semalam dan meraih lebih daripada 3,000 jumlah retweets dengan menyatakan ayat seperti diatas.

Ramai antara mereka yang menganggap bahawa cara Khairul Aming lebih profesional dan tenang dalam menyelesaikan masalah ini.

Amingyusuf5 Amingyusuf3 Amingyusuf2

Biarpun ramai yang menyebelahi cara Khairul Aming, ada juga yang menyatakan bahawa ketegasan yang dilakukan oleh Yusuf Azmi itu boleh digunapakai kerana situasi mereka sebenarnya tidaklah sama.

Untuk Khairul Aming, pelaku itu mengaku salah sementara dalam kes Yusuf Azmi pula pelaku itu cuba berselindung.

Amingyusuf4Amingyusuf

Terkini, Utusan Malaysia melaporkan bahawa Pengerusi Persatuan Pengguna Semboyan 1Malaysia, Yusuf Azmi serta seorang individu dikenali sebagai Abang Ali itu telah ditahan polis atas tuduhan memukul seorang warga asing.

Mereka bersama 4 lagi individu  berusia 24 hingga 54 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan berhubung penularan video tersebut.

Baca : “Ambil untung atas angin” – [Video] Yusuf Azmi Lempang Lelaki Jual T-Shirt Ciplak Semboyan

Yusufazmi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.