Kes Dua Beradik Makan Keropok Beracun, Abang Meninggal Dunia

Tambah ke Sumber Pilihan
Kes Dua Beradik Makan Keropok Beracun, Abang Meninggal Dunia

Semalam kes dua adik beradik termakan keropok beracun yang digantung di pagar rumah didapati kritikal dan sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) Hospital Pulau Pinang (HPP).

Pun begitu, hari ini berita sedih menyelubungi rakyat Malaysia apabila salah seorang daripada adik beradik itu disahkan sudah meninggal dunia.


Artikel berkaitan: 2 Beradik Kritikal Makan Keropok Beracun, Nenek Kesal Tindakan Pemilik Kebun Gantung Makanan Di Tempat Rendah

Artikel berkaitan: “Saya fikir anak-anak” –  Ibu Kanak-kanak Mangsa ‘Keropok Beracun’ Belum Terfikir Ambil Tindakan Terhadap Jiran

2719497

Menurut laporan Sinar Harian, perkara itu disahkan ibunya, Nurain Hasnorizal dan dia berkongsi anak sulungnya, Muhammad Akil Syauqi Nur Sufian berusia 3 tahun menghembuskan nafas terakhir pada jam 8.40 pagi.

“Betul, anak saya sudah meninggal dunia. Sekarang saya tengah tunggu proses bedah siasat,” katanya sebak.

Sebelum ini, dua beradik Muhammad Akil dan adiknya, Muhammad Luth Syauqi berusia 2 tahun dilaporkan kritikal selepas makan keropok yang dipercayai mengandungi racun tikus di Kampung Padang Ubi, Labu Besar, Kedah.

Difahamkan, dua beradik itu dipercayai mengambil peket keropok yang tergantung di dawai besi pagar mengandungi racun tujuan bagi perangkap monyet.

Sumber: Sinar Harian

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Syaziyah Sharif
Lagi tulisan Syaziyah
Seorang penulis yang cintakan seni muzik dan sentiasa mencuba untuk bercakap dengan kucing.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Kes Dua Beradik Makan Keropok Beracun, Abang Meninggal Dunia
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/kes-dua-beradik-makan-keropok-beracun-abang-meninggal-dunia/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM