in

Kes Culik ‘Datuk Seri’: Minta Tebusan RM154 Juta, Dalang Utama Pernah Jadi Calon DUN Selangor PRU13?

Kes Culik

Pada Sabtu (27 Jun 2020), polis telah menemui mayat seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri di kawasan belukar dekat Batu 27, Jalan Rawang-Bestari Jaya, Rawang.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Datuk Fadzil Ahmat, mayat lelaki berusia 55 tahun itu ditemui kira-kira 9 pagi. Terdahulu, polis telah menerima laporan bahawa mangsa telah hilang dipercayai diculik pada 10 Jun lepas ketika sedang bersenam di kawasan taman permainan pada 10.30 pagi.

Ini apa yang telah berlaku:

 

[10 Jun 2020]

  • Mangsa telah pergi bersenam dekat taman permainan di Jalan Persiaran Perdana, Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya.
  • Ketika sedang berjoging seorang diri, mangsa diculik oleh sekumpulan lelaki yang menyamar sebagai anggota polis yang memaksanya masuk ke dalam sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV).
  • Mangsa dibawa ke Taman Kosaso untuk berjumpa dengan dalang utama dan disembunyikan di sebuah rumah di situ.
  • Penculik menghubungi keluarga mangsa dan meminta wang tebusan sebanyak RM154 juta.
  • Keluarga mangsa membuat laporan polis.

Culik5

 

[Sepanjang tempoh sebelum mayat ditemui]

  • Selepas tawar menawar kedua-dua pihak, wang tebusan dikurangkan kepada RM86.2 juta dan kemudian menjadi RM27.7 juta.
  • Keluarga mangsa bersetuju untuk membayar RM27.7 juta tetapi dengan syarat iaitu mereka mahu bercakap dengan mangsa terlebih dahulu.
  • Tiada bayaran sempat dilakukan selepas pihak keluarga tidak dapat bercakap dengan mangsa yang dipercayai sudah mati.
  • Laporan polis dibuat.

 

[27 Jun 2020]

  • Mayat mangsa ditemui dalam belukar dan sudah mula mereput. Melalui pemerhatian unit forensik, mangsa dipercayai sudah mati sejak 4 hari lepas.
  • Belum dapat dipastikan sama ada mangsa didera dengan teruk oleh penjenayah sepanjang tempoh diculik dan disembunyikan di rumah itu.
  • Mangsa dipercayai mati akibat sesak nafas. Tetapi punca sebenar kematian akan diketahui selepas bedah siasat penuh selesai di Hospital Sungai Buloh pada Khamis ini.

Culik2

 

Dalang utama bekas calon DUN Selangor ketika PRU13

Menurut Harian Metro, suspek utama yang bergelar Datuk itu adalah rakan baik mangsa dan merupakan ahli politik yang pernah menjadi calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Culik6

  • Suspek utama juga pernah bertanding untuk jawatan timbalan presiden pemilihan sebuah parti politik namun dilaporkan menarik diri pada saat akhir.
  • Suspek utama mendakwa dia turut dibantu seorang peguam untuk melakukan penculikan ketika mangsa sedang beriadah.
  • Suspek utama dipercayai menculik kerana mahu mangsa pulangkan semula wang yang dilaburkan untuk satu projek perumahan yang tidak dilaksanakan

Berdasarkan maklumat awal, mangsa ada berhutang dengan Datuk itu membabitkan jumlah wang yang besar sebelum ini.”

Bagaimanapun wujud masalah (pinjaman) menyebabkan suspek utama merancang dan mengupah beberapa individu untuk menculik mangsa berusia 55 tahun itu dipercayai bagi mendapatkan wangnya kembali.”

Culikkkk

Culik4

Tujuh lelaki termasuk seorang warga Bangladesh berusia antara 30-an hingga 50-an ditahan pihak polis menerusi beberapa siri serbuan di sekitar Selangor. Suspek kemudian membawa polis kepada penemuan mayat di kawasan belukar tersebut.

Dalang utama berusia 59 tahun itu juga dilaporkan telah ditahan pihak polis di rumahnya dekat Kuala Lumpur pada Jumaat lepas bagi membantu siasatan.

Sumber:

Harian Metro, Harian MetroHarian MetroHarian Metro

Baca: “Berkeras nak buat ritual sendiri” – Ramai Ahli Keluarga ‘Culik’ Mayat Mangsa Covid-19 di Indonesia Dari Bilik Mayat

Feature4 2

Sumber: Harian Metro
Sumber: Harian Metro
Sumber: The Star
Sumber: The Star