in

“Berkeras nak buat ritual sendiri” – Ramai Ahli Keluarga ‘Culik’ Mayat Mangsa Covid-19 di Indonesia Dari Bilik Mayat

Feature4 2

Pihak berkuasa Makassar terpaksa meningkatkan kawalan keselamatan di rumah mayat dekat hospital di sana apabila sudah banyak kes berlaku di mana ahli keluarga berkeras mahu membawa pulang jenazah pesakit Covid-19.

Bukan setakat berkeras, ramai ahli keluarga yang telah melarikan mayat mangsa Covid-19 itu dari rumah mayat untuk mengadakan upacara pengebumian atau ritual mengikut tuntutan agama mereka, lapor Harian Metro.

Mayat3

Ibrahim Tompo, jurucakap polis Indonesia berkata ahli keluarga itu semua bertindak merampas mayat secara paksa walhal jenazah itu sudah disediakan untuk dikebumikan mengikut protokol Covid-19.

Lebih mengeruhkan lagi keadaan, tersebarnya khabar angin yang mengatakan ada beberapa mayat akan dikebumi segera walaupun meninggal dunia kerana penyakit yang tiada kaitan dengan Covid-19.

Ini menyebabkan keluarga dan penduduk tempatan marah. Jadi, mereka memutuskan untuk mengambil mayat secara paksa untuk dibawa ke rumah.”

Mayat4

Mayat1 1

Katanya lagi, sekurang-kurangnya 33 individu telah ditahan dan berdepan hukuman tujuh tahun penjara kerana melanggar peraturan kuarantin kesihatan.

Selain di Makassar, kes itu juga berlaku di beberapa negeri lain termasuklah Surabaya. Empat individu dilaporkan telah ditahan selepas saudara mara merampas mayat yang disyaki mangsa virus itu dari hospital.

Peraturan dan protokol yang ditetapkan oleh pihak berkuasa susulan penularan Covid-19 di Indonesia telah membuatkan ahli keluarga dan sanak saudara marah terutamanya yang beragama Islam.

Mayat5

Mayat2 1

Mereka tidak bersetuju dengan peraturan di mana jenazah harus dibalut dengan plastik dan dikebumikan segera kerana ahli keluarga tidak boleh mandikan dan mengkafankan jenazah itu sendiri. Menurut mereka, perkara itu dituntut oleh agama jadi wajarlah jika mayat dibawa pulang dan diuruskan oleh ahli keluarga sendiri.

Menurut laporan, kerajaan Indonesia juga menetapkan agar keluarga tidak dibenarkan berkumpul mahu pun berada lama di tanah perkuburan ketika mayat mangsa Covid-19 dikebumikan.

Baca: “Mayat pun nak curi ke” – Misteri! Mayat Pesakit COVID-19 Dilaporkan ‘Hilang’ Dari Kubur Di Indonesia

Featured Image 1 5

Sumber: Sinar Harian
Sumber: Ayo Semarang
Sumber: Kompas