in

Kes Covid-19 Tengah ‘Mencanak’ & Ribuan Mati Setiap Hari, Selebriti Bollywood Dikecam Pergi Bercuti di Maldives

Ft Indiancelebrity E1632027634298

Seperti yang kita semua ketahui, India kini sedang bergelut dan berdepan krisis Covid-19 yang kian meningkat dengan jumlah kematian yang tinggi setiap hari. Lebih mengeruhkan keadaan, negara itu turut kekurangan tong oksigen untuk pesakit yang sedang kritikal selain ramai dilihat turut bergelimpangan di kawasan hospital serta tempat awam kerana kehabisan katil di wad.

Rekod jangkitan harian di India sangat membimbangkan dan bilangan mayat semakin meningkat namun ada juga golongan ‘kayangan’ yang seperti tidak peka mahu pun ambil peduli malah cuba keluar dari kekalutan itu.

Kes

Covid

Menurut sebuah portal, pelakon Ranbir Kapoor dan kekasihnya Alia Bhatt dikecam teruk selepas mereka meninggalkan India pada 19 April lepas untuk bercuti di Maldives. Melalui Instagram, dia sendiri ada berkongsi gambarnya bersama Bhatt ketika di lapangan terbang Mumbai dengan kapsyen,

Maldives calling.”

Bukan hanya pasangan ini, ternyata ada lagi selebriti India yang turut bercuti di kepulauan itu iaitu pasangan kekasih Tiger Shroff dan Disha Patani yang turut berkongsi foto mereka menikmati percutian di resort mewah di sana.

https://www.instagram.com/p/CN1ZQj5JmRX/?utm_source=ig_embed

Disha

Meskipun keempat-empat mereka sudah pulang ke India namun masing-masing masing menerima kecaman hebat daripada orang ramai termasuklah rakan selebriti. Bagaimanapun, Alia Bhatt telah menukat profil Instagramnya kepada pusat rangkaian bantuan Covid-19 bagi memulihkan imej yang tercalar.

Bhatt yang berkolaborasi dengan wartawan India, Faye D’Souza juga dilaporkan turut menyebarkan talian bantuan Covid-19 di beberapa negeri di India menggunakan media sosialnya. Pasangan Tiger Shroff dan Disha Patani pula kini dikatakan sedang menggalakkan rakyat di India untuk mendapatkan suntikan vaksin.

Komensss

https://www.instagram.com/p/COHep16M7MR/?utm_source=ig_embed

Menurut laporan India Today, selain empat selebriti ini ada beberapa lagi personaliti serta public figure lain yang turut menikmati percutian di Maldives.

 

Pada awal April lepas, India telah melaporkan peningkatan tempahan jet peribadi untuk meninggalkan negara itu menuju ke Eropah, Asia Barat dan Maldives ketika gelombang kedua ‘menyerang’.

Baca: [Video] Covid-19 India : Remaja Dakwa Ibu Maut Lepas Tangki Oksigen Wanita Itu Dirampas Polis & Diberi Kepada VIP

Polis2

Sumber: Reuters
Sumber: Reuters
Sumber: Instagram
Sumber: India.com