in

[Video] Covid-19 India : Remaja Dakwa Ibu Maut Lepas Tangki Oksigen Wanita Itu Dirampas Polis & Diberi Kepada VIP

Polis2

Kita sedia maklum bahawa India sekarang mencatatkan jumlah kes tertinggi di dunia sekarang, jumlah jangkitan harian pun dah mencecah 400,000, sedangkan di Malaysia yang ribuan ini dah susah apatah lagi disana, bermacam-macam cerita pasal kekecohan masalah rawatan.

Terbaru, seorang wanita yang dijangkiti Covid-19 di India telah meninggal dunia, laporkan ia selepas tangki oksigen yang sepatutnya diberikan kepadanya telah dirampas oleh beberapa orang anggota polis dari tangan anaknya.

 

Sujud, merayu minta pulang, polis abaikan

 

Menerusi Times of India, polis dikatakan ambil tangki oksigen itu daripada remaja lelaki berusia 17 tahun.

Wanita itu dikatakan meninggal dunia 2 jam selepas insiden tersebut. Dalam satu video viral, dilihat remaja yang sedang memakai PPE itu melutut, bersujud sambil merayu kepada polis untuk diberikan semula tangki oksigen itu atau ibunya akan mati.

Remaja itu menjelaskan bahawa pihak polis tak endahkan rayuannya itu, ahli keluarga si mati mendakwa oksigen itu diberikan kepada golongan VIP.

Kejadian ini telah mendorong Ketua Pengarah Polis Tambahan (ADG), Rajiv Krishna, untuk menjalankan siasatan terhadap tuduhan tersebut dengan kadar segera.

Polis bagaimanapun telah menafikan tuduhan itu dan memberitahu media bahawa silinder itu kosong.

 

Baca : Situasi COVID 19 di India Makin Memburuk, Keluarga Terpaksa Guna Socmed Untuk Minta Bekalan Oksigen & Katil Kosong

India 1