in

Krisis COVID-19 India: Hospital Suruh Waris Cari Sendiri Mayat Ahli Keluarga Dalam Longgokan Jasad

India COVID 19 2 e1623547581755

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sudahlah sedih kerana kehilangan ahli keluarga akibat wabak COVID-19, diminta pula untuk cari sendiri jasad orang tersayang yang sudah tiada dalam longgokan mayat lain di bilik mayat.

Itu adalah pendedahan menggemparkan sebuah keluarga di India yang mendakwa mereka diminta oleh pihak hospital untuk mencari sendiri mayat ahli keluarga mereka yang sudah meninggal dunia akibat jangkitan COVID-19.


Memetik laporan The Independent, Theni K Vilakku Government Hospital yang terletak di selatan Tamil Nadu dikecam ramai selepas satu keluarga mendakwa mereka terkejut selepas diminta oleh petugas hospital pada Selasa lalu untuk masuk ke bilik mayat sendiri dan mencari mayat ahli keluarga mereka dalam longgokan jasad lain.

Insiden itu bagaimanapun telah disahkan oleh Dekan Balaji Nathan yang mengatakan ia adalah satu kejadian yang malang dan menyedihkan.

Tambah parah, beberapa foto memaparkan keadaan di dalam bilik mayat itu telah tersebar di media sosial. Ada gambar yang memaparkan lebih 11 mayat yang sudah dibalut di dalam plastik diletakkan di atas lantai bilik mayat.

P/S: Gambar yang akan dikongsikan di bawah mungkin berunsur sensitif. Viewer discretion is advised.

India COVID 19 e1622944758931

India COVID 19 1 e1622945158821

Tidak cukup dengan itu, ada keluarga yang dilihat mengendalikan proses pengecaman mayat dan membawa pulang jasad ahli keluarga mereka tanpa mengenakan Personal Protective Equipment (PPE). Perkara itu sekali gus melanggar protokol kementerian kesihatan tempatan dalam mengendalikan mayat mangsa COVID-19.

Menurut Balaji Nathan lagi, kebiasaannya hanya seorang waris sahaja dibenarkan masuk ke bilik mayat untuk proses pengecaman.

“Walau bagaimanapun, dalam hal ini, mayat-mayat yang dilonggokkan adalah mereka yang sudah meninggal dunia pada malam sebelumnya. Dua pekerja bilik mayat dan seorang pengawal keselamatan difahamkan telah membenarkan kesemua ahli keluarga ini masuk ke dalam bilik mayat. Bilik itu sangat kecil dan ia satu insiden yang amat dikesali,” katanya.

105190 20210511INDcovid 1620706421560 e1622945214216

“Mayat mangsa COVID-19 selalunya akan disemadikan dari semasa ke semasa di waktu pagi tetapi gambar terbabit diambil ketika awal pagi dimana jasad mereka yang sudah meninggal dunia pada malam sebelumnya masih belum disemadikan.”

Satu kertas siasatan telah dibuka untuk menyiasat insiden itu. Pengawal keselamatan yang terlibat sudah digantung tugas dan dua pekerja bilik mayat juga sudah dikenakan tindakan.

Sumber: The Independent

Baca: Krisis Covid-19 India: Sebab Terdesak, Wanita Ini Beri CPR Mulut Ke Mulut Untuk Ibu Dijangkiti Wabak

Krisis Covid 19 India Sebab Terdesak Wanita Ini Beri CPR Mulut Ke Mulut Untuk Ibu Dijangkiti Wabak e1622344031177

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.