Hari ini, India sekali lagi telah mencatatkan angkas kes harian Covid-19 tinggi dengan 132,364 kes baharu, dengan tambahan ini kes keseluruhan di negara tersebut kini telah mencecah 28,574,350.
Kata Kementerian Kesihatan dan Kesejahteraan Keluarga dari negara itu, seramai 340,702 orang maut setakat ini dengan pertambahan sebanyak 2,713 lagi kematian sejak 24 jam lalu, lapor Harian Metro.
Seramai 340,702 orang maut setakat ini dengan pertambahan sebanyak 2,713 lagi kematian sejak 24 jam lalu. Lebih 26.59 juta orang sudah pulih sejak wabak mula dikesan di India.
Semalam sahaja India telah mencatatkan 134,154 kes baharu dengan 2,887 kematian.
Ia sekaligus membuatkan India menduduki tempat kedua daripada segi jumlah kes Covid-19 selepas Amerika Syarikat yang mencatat lebih 33.32 juta kes jangkitan.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan Covid-19 sebagai pandemik pada 11 Mac tahun lalu.
Sehingga kini, lebih 172.02 juta orang dijangkiti di seluruh dunia dengan lebih 3.69 juta kematian, menurut Universiti Johns Hopkins.
Baca : Covid-19: Varian Baru Seperti Kacukan Varian India & Varian UK Dikesan Di Vietnam