in

Penduduk Kampung Di India Sanggup Terjun Sungai, Lari Dari Petugas Kesihatan Sebab Tak Nak Divaksin

Fi India E1641006958959

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Disebabkan salah tanggapan, penduduk kampung sebuah perkampungan di India ni sanggup larikan diri dari rumah dorang dan terjun ke sungai sebab nak elak divaksin.


Menurut Harian Metro, ceritanya terjadi apabila ketika itu kakitangan pejabat kesihatan datang ke sebuah daerah pedalaman di Uttar Pradesh untuk memberikan vaksin Covid-19 di kampung berkenaan. Namun entah kenapa sampai kira-kira 200 orang penduduk di sebuah perkampungan Sisoda di Barabanki ini tiba-tiba tinggalkan rumah mereka.

India 1 1

Seorang petugas kesihatan dikenali sebagai Rajiv Shukla ada menceritakan hal tersebut.

“Kami tiba di kampung dengan pasukan kesihatan untuk memvaksin penduduk.

“Namun begitu, apabila kami menghampiri kampung, banyak daripada mereka yang melarikan diri.”

 

Dapat maklumat salah punca lari

Tambah Rajiv lagi, petugas kesihatan cuba untuk memberitahu kepada penduduk kampung tentang pentingnya vaksin, tapi mereka tak endah dan lari dari petugas sebelum terjun ke dalam Sungai Saryu.

Rupa-rupanya, penduduk kampung tersebut ada dapat berita palsu yang mana vaksin Covid-19 ni beracun hingga menyebabkan kematian, mati pucuk dan jangkitan virus.

Menurut indiatimes, seorang petani tempatan dikenali sebagai Shishupal, dia berkata dia dengar ramai orang dah menerima vaksin berkenaan tapi dia memang tak percaya pihak berkuasa.

Katanya juga dia dapat maklumat itu dari kawannya di bandar, oleh sebab itu dia mula ragu-ragu tentang vaksin ni.

“Saya mendapat maklumat ini daripada beberapa rakan yang bekerja di bandar besar.

“Adakah jaminan kita tidak akan dijangkiti selepas vaksin? Banyak di kampung sekitar yang terburu-buru untuk mengambil vaksin dan kemudian masih dijangkiti,” katanya.

Oleh sebab kejadian itu, daripada 1,500 penduduk kampung yang ada hanya 14 orang saja setuju untuk divaksin pada Sabtu lalu. Adoi ni susahnya kalau ada bagi berita palsu

Sebagai tambahan, sehingga Rabu (26 Mei 2021), kes Covid-19 di India dah mencapai 27 juta angka dengan lebih 311,000 kematian dicatatkan.

Negara itu memulakan program suntikan vaksin Covid-19 pada 16 Januari lalu dan sehingga kini sebanyak 200,662,456 dos sudah diberikan. Selain itu, tiga vaksin digunakan di India iaitu Covishield, Covaxin dan Sputnik-V buatan Rusia.

Sampai macam tu sekali jadinya, semuanya punca sebab orang bagi berita palsu. Korang jangan buat macam ni pulak ye, kita sama-sama menjaga okay!

 

Baca : Lebih 40 Mayat Dipercayai Pesakit Covid-19 Ditemui Terapung Di Sungai Ganges, India

Foot Indua

Sumber: India Times

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.