in

“Kubur dah penuh” – Mayat Pesakit Covid-19 Bergelimpangan Tepi Sungai Jadi ‘Santapan’ Anjing Jalanan

Ft Anjing

Video yang tersebar mengejutkan ramai penduduk tempatan di Uttarkashi, Uttarkhand di India selepas anjing jalanan dirakam memakan mayat pesakit Covid-19 di negara itu. Difahamkan, sebahagian daripada mayat-mayat yang bergelimpangan itu sudah dibakar separuh dan tersadai di tepi tebing sungai Bhagirathi kerana paras air yang meningkat di Bhagirathi akibat hujan beberapa hari.

Keadaan itu berlaku selepas tanah perkuburan di kawasan berkenaan sudah penuh kerana peningkatan kes kematian disebabkan Covid-19. Menurut NDTV, seorang penduduk tempatan ternampak kejadian itu ketika sedang melukis di sungai pada 31 Mei lepas.

“Saya sedang melukis dan ternampak mayat separuh terbakar itu serta anjing liar yang sedang memakannya.Pentadbiran Daerah & Perbandaran perlu tahu dan melakukan sesuatu dengan segera.”

Anjing

Kata seorang lagi penduduk di situ, aduan telah pun dibuat kepada pihak berwajib namun sehingga kini tiada tindakan lanjut diambil sewajarnya. Penduduk setempat kini berada dalam keadaan gusar kerana kemungkinan ada yang telah dijangkiti dan lebih ramai akan berjangkit selepas ini jika mayat itu tidak dihapuskan.

Sementara itu. Presiden Perbandaran Ramesh Semwal berkata pihaknya telah memberi tugas kepada seseorang di Kedar Ghat sebaik sahaja menerima aduan daripada penduduk. Menurutnya, individu itu telah diberi tugas untuk mengebumikan mayat-mayat separuh terbakar yang bergelimpangan di tebing sungai berkenaan.

“Sejak beberapa hari lalu, jumlah kematian di kawasan kami meningkat. Saya juga mendapat tahu bahawa mayat tidak dibakar dengan sempurna, jadi saya telah mengarahkan pihak pentadbiran untuk mengatur pembakaran mayat itu semua.”

 

Baca: Lebih 40 Mayat Dipercayai Pesakit Covid-19 Ditemui Terapung Di Sungai Ganges, India

Bodies 768X404 1