“Kenapa tak murtad? Nak bogel pun orang tak kisah” – Fara Mendoza Dikecam Seksi Ketika Sambut New Year

Tambah ke Sumber Pilihan
“Kenapa tak murtad? Nak bogel pun orang tak kisah” – Fara Mendoza Dikecam Seksi Ketika Sambut New Year
Lobak Merah
Lobak Merah
"Kenapa tak murtad? Nak bogel pun orang tak kisah" - Fara Mendoza Dikecam Seksi Ketika Sambut New Year
Loading
/

Baru saja sejuk isu Fathia dan aksi seksanya di aplikasi Bigo Live, kini timbul lagi satu isu melibatkan artis suam-suam kuku, Fara Mendoza. Meskipun jarang muncul di kaca televisyen, nama Fara sering saja menjadi sebutan kerana selalu terlibat dengan pelbagai kontroversi panas.

Terbaru, kecoh apabila pelakon ini telah memuat gambar seksinya di Instagram bersama jutawan kosmetik, Safiey Illias sedang menyambut Tahun Baru 2018 di Pantai Cenang, Langkawi. Dengan memakai sehelai coli kecil berwarna hitam dan galak menari mengikut alunan lagu, dia bersama Safiey telah menerima kutukan pedas daripada netizen. 

Fara 2
Sumber: Instagram
Fara 3
Sumber: Instagram

Antaranya, ada yang meminta Fara untuk berhenti daripada memuat naik gambar sebegitu dan lebih baik murtad kalau tidak mahu menerima hinaan orang ramai atas setiap perlakuannya.

Mendoza

Mendoza 2
Sumber: Instagram

Walau bagaimanapun, menerusi satu entri di Instagram, Fara telah meminta orang ramai untuk berhenti daripada melabel dan menilai dirinya kerana kehidupannya sangat berbeza dengan orang lain. Baginya, adalah lebih baik jikalau orang ramai mendoakan dan memikirkan yang baik-baik tentang dirinya. Hmm…

Hamba
Sumber: Instagram

Tapi macam mana nak fikir baik kalau asyik tayang gambar seksi je? 

Menerusi temubual di Utusan Online, Fara juga memberitahu bahawa dia langsung tidak terusik dengan kritikan yang dilemparkan netizen terhadapnya di media sosial.

“Ini adalah diri saya, memang saya berpakaian seksi tetapi saya tidak mahu menjadi seorang yang hipokrit. Saya terima mereka yang cuba memberi nasihat dengan cara yang betul tetapi yang hanya meninggalkan kata-kata kecaman saya harap mereka berhenti sahaja.

“Soal pakaian ini antara saya dengan Tuhan, tidak perlu mereka menghakimi saya,” jelasnya.

Fara Mendoza
Sumber: Instagram

Fara juga menambah, dia tidak akan memadam kata-kata nista yang dilemparkan ke Instagram atau block sesiapa yang menyakitkan hatinya. Malah dia memilih untuk membiarkan sahaja kerana ini adalah pilihan mereka untuk tidak mengikutinya jika mereka tidak sukakannya.

Gitew ye… kalau korang pedih mata lihat pelakon ini di Instagram, eloklah unfollow saja. Tak perlu pening-pening kepala. Kita doakan je lah mereka kembali ke pangkal jalan. 

Baca: “Saya jarang pakai baju dedah tubuh” – Kilafairy Tak Suka Dilabel Sebagai Simbol Seks

Kila

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Syaida Ismail
Lagi tulisan Syaida
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Kenapa tak murtad? Nak bogel pun orang tak kisah” – Fara Mendoza Dikecam Seksi Ketika Sambut New Year
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/kenapa-tak-murtad-nak-bogel-pun-orang-tak-kisah-fara-mendoza-dikecam-seksi-ketika-sambut-new-year/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM