in

“You did it love!” – Panggilan ‘My Husband’ Bella Astillah Buat Syed Saddiq Di Garisan Penamat Ironman Curi Tumpuan Ramai

Ft Bass

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Suasana di garisan penamat acara sukan lasak Ironman Langkawi baru-baru ini bertukar menjadi detik penuh emosi dan romantik apabila pelakon dan penyanyi popular, Bella Astillah dilihat mengalungkan sendiri pingat penamat ke leher suaminya, Syed Saddiq.

Menerusi Instagram, Bella meluahkan rasa syukur dan sebak melihat kejayaan Ahli Parlimen Muar itu menamatkan cabaran lasak tersebut meskipun berdepan dengan jadual harian yang sangat padat dalam menjalani latihan yang mencukupi.


Artikel berkaitan : “Rezeki Ara dapat bapa penyayang” – Netizen Puji Syed Saddiq Pandai Jaga Anak Ketika Ketiadaan Bella Astillah

Artikel berkaitan : Muhyiddin, Syed Saddiq Antara 13 Ahli Parlimen Tandatangani CSA Dengan Kerajaan

“Masih rasa sangat beremosi melihat suami saya melepasi garisan penamat Ironman itu, syukur Alhamdulillah. Kebelakangan ini dia sangat sibuk dengan macam-macam perkara dan hampir tiada masa untuk selitkan latihan yang mencukupi.”

“Jadi bila tengok dia berjaya sampai ke garisan penamat, Allahu sebak sangat,” tulis Bella di ruangan kapsyen.

Bukan itu sahaja, penggunaan panggilan mesra “my husband” dan “love” oleh ibu kepada dua cahaya mata itu turut mencuri tumpuan ramai.

Snapinsta.to 923779445 18660341068012638 8811436909456786886 N

Bella juga menyifatkan percutian hujung minggu mereka di Langkawi itu sebagai kenangan paling manis buat keluarga kecil mereka, lebih-lebih lagi apabila anak-anaknya turut menyertai acara Ironkids.

“Alhamdulillah, hujung minggu yang penuh dengan momen membanggakan (Ironkids untuk anak-anak kecil saya dan Ironman untuk suami saya). Sangat bangga dengan keluarga kecil saya!” tambahnya lagi.

Snapinsta.to 914587518 18660341263012638 7929954076798345970 N

Dalam pada itu, Bella sempat memuji pengalaman percutian mereka sepanjang menginap di Hilton Burau Bay Langkawi Resort yang disifatkan sangat mesra keluarga, memiliki hidangan yang enak serta layanan yang cukup memuaskan.

Sumber : Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.