in

Fathia Latiff Akui Dia Wanita Dalam Video, Tak Tahu Bigo Live Boleh Ditonton Umum

Bigo

Dalam dunia yang serba serbi canggih ini, orang alim pun mampu tersingkap aibnya kalau tersalah langkah. Inikan pula kita manusia biasa. Senang benar nak buat salah. Senang juga orang nak cari salah!

Kalau dulu kecoh tersebarnya rakaman video dari aplikasi Bigo Live akan seorang wanita yang mirip wajah pelakon jelita Fathia Latiff. Hari ini ternyata segala teka-teki terjawab juga apabila empunya badan mengaku akan kesahihan video tersebut.

Fathialatiff
sumber: instagram

Menurut Berita Harian, Fathia akhirnya memilih untuk tidak berdolak dalih lagi akan isu ini dan mengakui hal yang sebenar.

“Saya malu mahu menyatakan dua video yang tersebar itu ialah diri saya. Selepas berfikir selama beberapa hari, saya ambil keputusan mahu bercakap benar, walaupun hakikatnya mungkin perit untuk saya telan.”

Katanya lagi, dia tidak mahu memanjangkan kontroversi dan menimbulkan tanda tanya kepada ramai pihak. Lebih baik dia berlaku jujur walaupun dia bakal menerima cemuhan bertubi-tubi dari orang ramai.

“Sejujurnya, saya tidak sengaja memalukan wanita Melayu bertudung dengan menunjukkan contoh tidak baik. Video itu bocor dan ia bukan untuk tontonan umum.

“Saya mohon maaf atas keterlanjuran perbuatan saya,” jelas Fathia.

F
sumber: instagram

Dalam pada itu, Fathia juga sejujurnya mengakui dia tidak mengetahui apa itu Bigo Live dan tidak menyangka rakaman dari aplikasi itu boleh ditonton umum. Alahai.. patutlah dia selamba je!

“Saya tidak pernah dengar tentang aplikasi Bigo sebelum ini. Sekarang saya dah tahu tentang aplikasi ini dan tahu dengan cara begini,” katanya kepada Media Hiburan dengan nada kecewa.

F2
sumber: instagram

Menceritakan kembali apa yang berlaku, Fathia memberitahu bahawa dia bersama Natasha Elyzza dan beberapa teman wanita yang lain menyewa sebuah villa di Kuala Lumpur untuk bercuti.

“Bagaimanapun, apabila video itu tersebar, saya tergamam. Saya masih berakal dan waras, tidak mungkin saya menunjukkan bahagian anggota sulit untuk tontonan satu dunia.

“Apapun, nasi sudah menjadi bubur. Natasha sudahpun memohon maaf sambil menangis, dia tidak berniat menganiayai hidup saya. Natasha kawan yang baik,” jelasnya.

Fathia 2
sumber: instagram

Pelakon yang terkenal dengan drama bersiri Ariana Rose ini berkata dia redha dengan apa yang berlaku. Kemungkinan Allah ingin memberinya pengajaran dan mengingatkannya supaya lebih berhati-hati di kemudian hari.

Baguslah kalau dah mengaku. Tak adalah yang tertanya-tanya lagi kan? Bagi yang dah tonton video tu, eloklah jangan sebarkan lagi. Bagi ruang dan peluang kepada Fathia untuk berubah.

Baca: “Don’t fitnah me..” – Fathia Merayu Tidak Terus Difitnah Disebabkan Video Menari Seksi di Bigo Live

Fathia Feature