in

Kenali Kefir, Kucing Baka Maine Coon Berumur 2 Tahun Yang Lebih Berat Dari Seguni Beras

2Kucing

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umum mengetahui, baka kucing dari jenis Maine Coon adalah antara kucing peliharaan yang terbesar. Saiz kucing dari baka ini yang dewasa seakan-akan anak singa pun ada.


Tetapi lain pula cerita pemilik kucing baka Maine Coon dari Rusia ini. Yulia Minina memiliki kucing dari baka Maine Coon yang sangat besar, lebih besar dari biasa.

Screenshot 2022 01 22 At 12.55.41 Pm

Kucing itu diberi nama Kefir dan ketika ini hanya berusia 2 tahun. Dengan diet susu berkultur, Minina tidak menyangka yang Kefir akan membesar sebegitu.

Menurut laporan NY Post, tetamu yang ke rumah Minina pada mulanya keliru dengan Kefir dan menyangkakan kucing peliharaannya itu adalah seekor anjing. Kalau diikutkan tempoh tumbesaran kucing, Kefir masih dikira kucing muda, dengan hanya 2 tahun kehidupan dan akan mengambil masa beberapa tahun lagi sebelum Kefir berhenti membesar. Screenshot 2022 01 22 At 12.55.55 Pm

Tambah Minina lagi, berat Kefir sekarang adalah kira-kira 12.5 kilogram. Dengan berat sebegitu, Minina tidak lagi dapat melakukan aktiviti bersama-sama Kefir seperti sebelum ini.

Screenshot 2022 01 22 At 12.56.08 Pm

Pada malam hari, Kefir gemar memanjat Minina untuk tidur bersama, ini biasa dilakukan ketika Kefir masih kecil. Namun dengan berat melebihi seguni beras itu, Minina merasa susah untuk mendapatkan tidur yang nyenyak dek kerana Kefir mula memakan ruang tempat tidurnya.

 

Baca: “Hitam sebelah, kelabu sebelah” – Kucing 2 Muka Ini Tarik Perhatian Netizen Dengan Keunikan Bulunya

Screenshot 2022 01 22 At 1.11.20 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.