in

“Hitam sebelah, kelabu sebelah”- Kucing 2 Muka Ini Tarik Perhatian Netizen Dengan Keunikan Bulunya

F4 Kucing 2Bulu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kucing yang bertompok dah sering kita lihat kan. Namun, pernahkah korang jumpa atau lihat kucing yang mempunyai dua warna bulu yang sangat simetri?


Kalau belum pernah lagi, ha jangan risau sebab kali ini kami kongsikan dengan anda seekor kucing yang memiliki bulu seumpama itu kerana sebahagian bulu pada mukanya berwarna hitam manakala sebelah lagi pula berwarna kelabu.

Keunikan kucing tersebut telah meraih perhatian netizen setelah dikongsikan oleh akaun michaelscat2 di Twitter baru-baru ini.

Menurut Tweet tersebut, kucing ‘bermuka dua’ itu telah dinamakan Narnia dan difahamkan, kebanyakan orang akan terkejut apabila melihat kucing tersebut buat pertama kali.

Kucing 2 Muka 2

Selain itu, gambar kucing berkenaan juga telah meraih sehingga 30.7 juta kali Retweet dan 145 ribu likes daripada pengguna Twitter setakat ini.

Di ruangan komen pula, rata-rata netizen yang lain turut berkongsikan gambar si bulus mereka yang juga memiliki dua warna bulu pada muka. Comel-comel pulak tu semua.

Apa-apa pun, tak kisah la warna apa pun kan, kalau dah namanya kucing, semua comel. 

Sumber: Twitter @michaelscat2 

Baca: “Tak pernah dibuat orang”- [VIDEO] Tenang Dibawa Bersiar-siar Naik Motor, Gelagat Kucing & Ayam Ini Tarik Perhatian Netizen 

Kucing 2 Muka 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.