in

Kematian Pertama Akibat Hisap Vape Direkodkan Di US

Untitled Collage 35

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Waktu mula-mula vape jadi popular dalam kalangan perokok yang mahu menghentikan tabiat buruk mereka, ramai yang kata vape ni tidak membahayakan kesihatan hingga ada kajian mengatakan — vaping adalah 95 peratus lebih selamat daripada merokok.


Tapi, sehingga kini ia masih menjadi perdebatan para saintis dalam dunia perubatan.

Terbaharu, seorang lelaki di Illinois dilapor meninggal dunia kerana mengalami gangguan pernafasan yang teruk — dipercayai akibat penggunaan vape atau rokok elektronik.

Kematian pesakit tersebut yang mempunyai sejarah menghidap sakit paru-paru kronik, dikatakan berpunca akibat tabiatnya yang gemar menghisap vape.

Ia menjadi kes kematian pertama diakibatkan oleh tabiat tersebut, yang pernah direkodkan di Amerika Syarikat setakat ini.

Menurut laporan BBC, The Centers for Disease Control and Prevention merekodkan sebanyak 193 kes berpotensi di 22 negeri di Amerika Syarikat — antara 28 Jun hingga 20 Ogos tahun ini.

Menurut pakar, kebanyakan kes berkenaan membabitkan vape yang mengan­dungi THC — iaitu unsur aktif utama dalam dadah jenis ganja.

Punca sakit misteri yang dialami mangsa gagal dikenalpasti namun ia dipercayai berkait rapat dengan penggunaan rokok alternatif itu.

Dalam kebanyakan kes diterima, pesakit dikesan menghisap rokok elektronik yang mengandungi THC — dan antara kesan sampingan yang dialami mereka adalah batuk, sesak nafas selain muntah dan cirit-birit.

Walaupun dianggap sebagai pengganti rokok, vape tetap boleh mendatangkan kemudaratan kepada tubuh badan kita kerana ia masih mengandungi nikotin — cuma yang membezakannya adalah flavour vape yang pelbagai.

Tapi apa yang tambah memudaratkan adalah bila ada yang memandai-mandai nak letak dadah dalam cecair vape untuk dijual kepada orang ramai. Macam di Amerika Syarikat, pasaran gelap bagi penjualan rokok elektronik mengandungi THC ni memang wujud.

Hmm, laing macang sungguh demo lening.

 

Baca: “Saya berpaling sekejap je” – Kanak-kanak 19 Bulan Maut Terminum Cecair Vape Milik Ibu

Capture 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.