in

Kecoh! Pengunjung Lari Bertempiaran Lepas Berlaku Tembakan Kat Food Court Shopping Mall

Featured 21

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Keadaan menjadi kecoh di food court dalam sebuah shopping mall menyebabkan ratusan pengunjung panik dan lari bertempiaran.


Menerusi satu video yang dikongsikan di twitter, jelas menunjukkan pengunjung yang sedang menikmati makanan di Cumberland Mall di Georgia, pinggir bandar Atlanta lari menyelamatkan diri masing-masing selepas mendengar bunyi dentuman.

Menurut laporan, tembakan tersebut dilepaskan seorang lelaki yang kini dalam buruan polis selepas dipercayai terlibat dalam satu pergaduhan di pusat beli belah berkenaan, lapor Mirror.

Kami lari menyelamatkan diri masing-masing, malah ada yang menyorok bersama pekerja kedai dengan mengunci kedai sementara tunggu polis datang”

Malah ada pengunjung yang berlari keluar dari bilik persalinan tanpa sempat pakai baju.

Menurut saksi lain, dilaporkan kekecohan tersebut berlaku kira-kira pukul 1.30 petang waktu tempatan pada Sabtu.

4
Sumber: mirror
22 2
Sumber: twitter

Saya bekerja di bahagian foto, sedang mengambil gambar rakan yang ketika itu memakai pakaian Santa Claus, saya melihat lebih 200 orang lari bertempiaran menuju ke pintu keluar”

Bagaimanapun polis mendakwa yang ini hanya kes terpencil, dan pihak mereka masih memburu lelaki yang melepaskan tembakan tersebut.

Dilaporkan seorang ditembak dan mangsa telah dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

Baca : Kalau gitu baik takyah tunggu sale Suami Cuba Bunuh Diri Bila Tengok Isteri Shopping 11.11 Sampai RM170K

Sale

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.