Stesen KL Sentral selalunya dijadikan tempat persinggahan untuk segelintir orang yang ingin menaiki pengangkutan awam seperti LRT, MRT dan sebagainya. Di situ ada beberapa kedai makan dan stesen itu juga berhubung dengan pusat beli belah NU Sentral.
Pun begitu, KL Sentral juga ada medan selera tersendiri namun disebabkan lokasinya yang tidak strategik dan tersorok, ia tidak diketahui oleh orang ramai.
Operasi ditutup sepenuhnya
Menerusi hantaran di Instagram @sentralfoodcourt baru-baru, pihak pengurusan telah mengumumkan penutupan operasi medan selera KL Sentral itu bermula 1 Mac 2024. Pihaknya juga berterima kasih kepada orang ramai yang menyokong mereka sejak dahulu lagi.
Dengan rasa dukacita, kami ingin mengumumkan bahawa Medan Selera KL Sentral akan berhenti beroperasi mulai 1 Mac 2024. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada setiap seorang daripada anda atas sokongan anda sepanjang tempoh ini. Terima kasih.
Ramai tak tahu food court tu wujud?
Walau bagaimanapun, pihaknya tidak memberitahu sebab apa operasi ditutup namun ada netizen di X memberitahu salah seorang peniaga mengadu tiada ramai pelanggan yang singgah di medan selera tersebut.
Artikel berkaitan: Ibu Suruh Panaskan Enjin Kereta, Remaja Tertekan Pedal Minyak Hingga Rempuh Medan Selera
Artikel berkaitan: Tindakan Ibu Bapa Ini Ikat Anak ‘Nakal’ Pada Tiang Sambil Makan Di Medan Selera Undang Perdebatan Netizen
Katanya lagi, lokasi medan selera tersebut yang berada di tingkat atas dan jauh daripada lokasi kedai makan yang lain menyukarkan orang ramai untuk datang ke situ.
Medan selera KL Sentral ditutup. Bak kata salah seorang peniaga di sini, “Khalayak tak ramai ke sini.” Berada di tingkat atas jauh dari peniaga lain menjadi satu cabaran untuk orang mengingati.
Tempat saya memesan segelas teh masala di KL Sentral ditamatkan operasinya.
Medan Selera KL Sentral ditutup.
Bak kata salah seorang peniaga di sini, "Khalayak tak ramai ke sini."
Berada di tingkat atas jauh dari peniaga lain menjadi satu cabaran untuk orang mengingati. pic.twitter.com/ozCpPQYqgI
— zamrimohamad (@zamrimohamad) March 5, 2024
Dalam pada itu, ada netizen lain di ruangan balas juga memberitahu mereka tidak tahu kewujudan medan selera itu. Sebelum kedai makan lain dan pusat beli belah NU Sentral dibuka, medan selera tersebut menjadi tumpuan orang ramai untuk makan tengah hari.
Min rindulah nak makan kat situ..