Polis Perketat Keselamatan Di Lokasi Tumpuan Ramai Di Seluruh Negara Susulan Kes Temb*k di Setia Alam

Tambah ke Sumber Pilihan
Setia Alam

Susulan kes tembakan di sebuah pusat beli belah di Setia Alam, Selangor pada malam tadi, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengatakan pihak mereka akan memperketatkan lagi keselamatan di kawasan tumpuan ramai orang awam seperti pusat beli belah dan sebagainya.

Menurut Tan Sri Razarudin Husain iaitu Ketua Polis Negara, pengawal keselamatan dan anggota polis bantuan yang betugas di kawasan tumpuan ramai itu juga harus sentiasa berjaga-jaga dengan keadaan sekeliling terutamanya jika mereka melihat aktiviti yang mencurigakan, lapor Sinar Harian.


15 1Sumber: Astro AWANI

Artikel Berkaitan: Suspek Kes Tembak*n di Setia Alam Larikan Diri Dengan Tahan Sebuah Kereta & Paksa Pemandu Bawanya Keluar Dari Pusat Beli Belah

Selain itu, warganet juga berpendapat bahawa pusat beli belah di seluruh negara sepatutnya meletakkan mesin metal detector badan di setiap pintu masuk bangunan agar mana-mana individu yang membawa senjata berbahaya seperti senapang dan pistol dapat dikenalpasti.

Selain itu, ada juga yang berpendapat pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) sepatutnya diperluaskan lagi di semua kawasan tumpuan umum.

14 1Sumber: X

Untuk pengetahuan semua, kebanyakan pusat beli belah di negara Thailand mempunyai mesin tersebut di pintu masuk bangunan mereka untuk mengesan jika ada individu berniat jahat yang membawa senjata di tempat umum.

Namun, dalam masa yang sama, ada juga yang tidak bersetuju dengan cadangan tersebut kerana mereka mengganggap ini adalah kes terpencil dan ia akan menyusahkan pengunjung.

Apa pula pendapat anda?

Sumber: Sinar Harian

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Lihat di Instagram(buka di tab baharu)

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Polis Perketat Keselamatan Di Lokasi Tumpuan Ramai Di Seluruh Negara Susulan Kes Temb*k di Setia Alam
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/polis-perketat-keselamatan-di-lokasi-tumpuan-ramai-di-seluruh-negara-susulan-kes-tembk-di-setia-alam/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM